Rabu, 26 November 2008

LAWAK POWERnya TENAGA BATINnya

Mana satu yang lawak daaa....

Kecoh pasal Cakera Alam... saksikanlah dan renungkanlah... berhati-hati dengan semua orang disekeliling anda...


video


video

Apa yang boleh dihadapi dalam diri kita di dalam menempuhi ranjau suka duka kehidupan adalah IMAN kita...

"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwaaaa.... ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantaiiii... " cam lagu RAIHAN...

patutla orang tua-tua dulu kata..." Jangan pergi pantai banyak syaitan!!!" rupanya kat tepian pantai tu tiada iman... ooo... patutlah BIHUNSUP ada jalan-jalan kat satu pantai tu... banyak yang ehem-ehem... ooo... iman takde.. betul betul... aku setuju... IMAN ada dalam hati masing-masing... Camner sektor pelancongan... apa tindakan sektor keagamaan lak... sama-samalah kita berusaha dan bertindak demi negara, bangsa dan agama.

Aku tak nak keluarkan suara aku kat blog ni, nanti terjadi plak album baru... kontroversi la plak... hihihi... Assalamualaikum... (bagi yang beragama islam)...

** ralat / lalat : orang tua-tua / orang-orang tua... (mana satu ek)

LAWAK KIRA-KIRA

1. Teacher suruh kembangkan dan luaskan soalan yang diberi.
Aku pun tak tau kenapa boleh salah... kan ke dah luas dan kembang tu... ooo aku rasa tak taruk bunga kot...





2. Teacher suruh cari X. Aku bulatkanlah X tu, pun salah jugak. Macam cari benda tersembunyi tu la...




3. Teacher suruh cari jawapan setelah dipangkah nombor tu. So (ceh speaking), aku bagila apa yang tinggal. Lepas peristiwa menjawab soalan ni aku kena buang sekolah kat U.K sana. Maka aku balikla ke Malaysia semula sambung pengajian.


Rupa-rupanya BIHUNSUP pergi mencari ilmu di Hollywood sana. Inilah sebabnya kenapa BIHUNSUP tidak pulang ke Malaysia selepas melancarkan albumnya disana. Sebenarnya itu album gambar bukan album recording... kikiki...

BIHUNSUP : Apa sangatla Paris Hilton tu.. tak tergoda punya.

Sabtu, 22 November 2008

PROMOSI DI HOLLYWOOD

Bollywood 10 Nov 2008 Bihunsup melancarkan album terbarunya unplugged solo berjudul Layanan Ukiran di Tokyo Bollywood baru-baru ini. Dengan rasa bangga teramat sangat lebih-lebih lagi artis jelitawan Bollywood Faris HiltEn sanggup menemani beliau membuat promosi pelancaran albumnya.

Difahamkan bahawa beliau dah tak balik Malaysia sejak Faris HiltEn menemaninya semasa pelancaran album tersebut. Persoalan yang masih bermain difikiran kita rakyat Malaysia adalah... jangan-jangan... ?

Ikuti cerita selanjutnya kenapa BIHUNSUP tak balik Malaysia dan apa Faris HiltEn buat kek dio?

BIHUNSUP : Bukan omong kosong

BIHUNSUP JADI DUTA LA PLAK

Simple word from BIHUNSUP " Bukan nak eksen, tapi kenyataan .. "


(klik la besarkan picture kalau tak caya)

Jumaat, 21 November 2008

PEMINAT DESAK BIHUNSUP

DEMI PEMINAT - LAWAK LA KORANG

Akhir-akhir ini ramai peminat blog ini mendesak saya untuk memaparkankan wajah sebenar saya diblog ini. Maklumlah sudah berbagai gosip-gosip liar yang terpaksa mereka dengar dan lihat. Mereka tak sanggup lagi melihat saya kena gosip liar seperti dihutan kerana banyak binatang-binatang liar. Akhirnya saya terpaksa akur untuk menunaikan sebilangan besar peminat-peminat saya untuk memunculkan muka diblog ini. memang berat hati saya nak tunjukkan muka saya ini... tapi demi peminat semua saya sanggup berkorban apa saja. (JANGAN MARAH KALAU TAK HENSEM)..


Ucapan khas buat peminat BIHUNSUP .... SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN... ( BUKAN SEPARUH YER.. SEBAHAGIAN... )



(klik picture untuk zoom)

(klik picture untuk zoom)


(klik picture untuk zoom)
~Wajah malu-malu ku....~

BIHUNSUP : Harap anda semua berpuas hati dengan kemunculan wajah ini... Usah igau lagi di malam hari... babai...

Selasa, 11 November 2008

Kenapa? Why? Limaza?

Salam sejahtera... Assalamualaikum..

Biasalaa... Kebanyakan sekarang kita lebih mendahulukan Hello.. Salam Sejahtera.. Hai.. daripada Assalamualaikum...

Kenapa yer.. ??

Entahla.. kita mudah lupa.. bukan lupa sebanarnya... kita lalai daripada mengingati Allah..
Cubalah kita sama-sama dekat padanya... Pastinya segala pertuturan dan perbuatan kita hanya mendahulukan yang Esa... Ucaplah Basmalah 'Bismillahirrohmanirrohim'...

Pengalaman saya dengan kawan-kawan... semasa bersapa.. diantaranya :

Kawan negeri Kuala Lumpur (negeri ke KL tu yer?)... HOI!!!! Ape kaber??
Kawan negeri Perak ...... Ape ke khey!!! sihat ke??
Kawan negeri Melaka ...... Hoi Lahanat!!! rindunya kat korang...
Kawan negeri Sembilan ..... Apo konoi Jang!!! temenung ajjo... ( ni macam lagu minang jo)
Kawan negeri Kelantan ..... Bewok muh!!! natey muh!!!
Kawan negeri Johor ..... HOI!!! Kureng tulla lu ni...
Kawan negeri Kedah .... Pungkok hang!!!! buat apa tu??

di atas adalah diantara segelintir kawan2 saya je la... tapi maklumler dah bercampur gaul... maka akan tersebarlah perkataan sedemikian dengan cepat sekali..

Ingatlah.. kata-kata dan ucapan kita sebenarnya ada mencerminkan diri kita sedikit sebanyak yang dalam hati kita bersifat sedemikian... walaupun kita baik ya amat namun ucapan sedemikian mencacatkan hati kita..

Selamat berfikir...

Bihunsup : Dulu lain sekarang lain... tak seindah yang di sangka oleh mata dan telinga...

Jumaat, 7 November 2008

BERCAKAP DENGAN CICAK

SABAK BERNAM SELANGOR 07 Nov... Sekali lagi Bihunsup terasa kecewa yang teramat sangat. Seawal jam 6.00 am beliau sudah ditimpa kehampehan dan seperti kebiasaannya beliau melepaskan hajat di sebuah kediaman rasmi dihujung penjuru kediamannya ( BRUTAL VILLA ).

Seelok sahaja beliau mengambil parking untuk melepaskan hajatnya, suddenly ngam-ngam je cangkung belum sempat buat pape pun... bertaburanlah air terpercik dari atas kedudukannya. " Air apa ini??? ".. beliau terasa kehairanan???

Ada air dan berbau?? hampas lak baunya!!

diraba-raba atas kepala rambutnya.. lalu didekatkan jari jemarinya ke arah lobang hidungnya... "huih!!! bacinnya!!! "

Beliau lalu memandang kesiling... dilihatnya ada seekor haiwan yang hampeh sedang melentikkan ekornya...

HAMPEH KO CICAK JAHANNAM..!!!! KO BREK KAT AKU SECARA CIRIT BIRIT!!!!

" ....HUWAAAAAAAA!!!!! " Celaka ko cicak!!! ko berak cirit kat kepala dan badan aku!! ko memang la... memang haiwan musuh!!! sejak zaman nabi lagi.. ko la yang memberitahu musuh dimana nabi.. dan ko la yang meniup api pembakaran Nabi Ibrahim A.S agar lebih marak..."

"Hiss!! geram betul la aku..."
Namun cicak tersebut yang dia tak sempat nak tanya namanya berlalu begitu sahaja dengan senyuman kegembiraan...
Sejak peristiwa pagi yang hening tu.. lalu beliau teringat akan pesanan orang tua-tua... "Kalau masuk jamban tu tutup kepala ngan kain".. patutla orang tua kata demikian, sapa hatinya...
"Ntah2 masa dulu orang tua berkenaan pernah kena BREK ngan cicak kot.. macam yang aku kena skang ni... hihihi.... patutler..."

Bihunsup: Baca Doa sebelum masuk Jamban dan tutupla kepala.. lepaskan hajat dengan tenang... Insyaallah selamat dunia akhirat.. Aminn..

Cicak said : Padan Muko Ekau Bihun!!! kikikiki!!!
Bihunsup said : cam settan!!! setaaaaaaannn!!!
* segala perkataan yang tidak elok jangan jadi ikutan... ini adalah khayalan penulis... nasihat penulis : perkataan macam ni la yang selalu dan orang ramai ikut... JANGAN IKUT.. TAK BAIK... BERDOSA....

Selasa, 4 November 2008

HONDA MPV STIMULATION.... terkini...

SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG SEHINGGA DISEMBER 2008 PELANGGAN AKAN DAPAT HADIAH PERCUMA TV PLASMA 42" SETIAP SATU

JEPUN... 05 Nov HONDA sekali lagi mengeluarkan MPV yang bakal menggugat Proton dengan harga yang mudah dijual beli. HONDA dengan ini merasa terulung kerana berjaya mengeluarkan MPV terbaru syarikat mereka. MPV yang dinamakan STIMULATION ini dijangka menjadi pesaing hangat buat Proton kerana harga jualan yang jauh lebih murah iaitu hanya RM 56,000 dan mempunyai rekabentuk yang lebih komprehensif dan kompetitif dengan jumlah muatan seramai 12 orang atau lebih...



* Kalau tak caya... Klik picture tu untuk melihat Jenama HONDA di Tank... *

Bihunsup : Hampeh!!!!! hampeh!!!!! hampeh!!!!!! Sorang je yang pakai helmet lak tu...

BIHUNSUP KENA SABOTAJ

LAGI BERITA ARTIS

Malaysia.. 04 NOV. Baru-baru ini heboh satu malaya memperkatakan tentang kehenseman dan kekacakan Bihunsup sehinggakan membuat gadis-gadis cukup umur dan jelita serta artis-artis cun menggilai Bihunsup adalah disebabkan ilmu ghaib yang diamalkannya. Mentang-mentangla gambar yang ditunjukkan itu berlatarbelakangkan hitam dan gelap. Dengan gosip yang boleh menjatuhkan populariti beliau, akhirnya beliau serender daripada Bapakrazzi (wartawan kejar artis tu ), bayangkanla kemana2 sahaja beliau diburu Bapakrazzi itu sehinggakan masuk bilik air pun ada kamera kat dalam lubang bilik air.. sampai camtu sekali... camne la beliau nak meneruskan kehidupan seharian... kesian... Sebab dah tak tahan, akhirnya Bihunsup bersemuka dengan Bapakrazzi... antara perbualan beliau :

Bapakrazzi : Adakah benar Bihunsup menggunakan Black Magic untuk mendapatkan kehenseman dan kekacakan yang sekarang ini?

Bihunsup : Astaghfirullahal'azim... Siapa cakap!! (marah)... ini semua fitnah... mentang2lah aku hensem cenggini.. dulu masa aku tak hensem semua kutuk aku... sekarang dah hensem datang plak fitnah camni... serabut tau pala otak aku ni...

Semua itu adalah satu konspirasi menjatuhkan kepopularitian aku.. tu semua diorang dengki.. diorang touch up balik gambo tu untuk memaparkan yang dibelakang aku tu adalah jin aku... semua tu tipu.. aku dah habis berbelanja RM2.5 juta untuk mengkaji n membuat DNA yang gambar itu adalah rekaan semata-mata.

Aku akur dan redha.. biasala orang glamour cam aku ni... memang ramai yang dengki... Aku dah maafkan semua yang buat kerja-kerja burukkan aku... aku tanak saman2 diorang... sebab aku pun dah kehabisan RM2.5 juta. Cis!! kena klepet aku.. sebenarnya beli program tu baru rm5 (pirate.. kikiki) dan kita bleh carik sendiri dimana kesan touch up tu. Huh! sapela yang buat gambar ni.. Mengabihkan duit aku je... hampeh.!!!

Aku ingat aku dah hensem terer dah... rupanya bangang gak aku ni...

P/s: yang hensem tak semestinya cerdik, yang cerdik tak semestinya hodoh... kui kui kui...
jadik.. paham2 je la... carikla ilmu walau dimana anda berada.. biar kena klepet berjuta2 tapi ilmu itu berkat..


Untuk memuaskan hati kalian semua.. dibawah ini adalah gambar yang membuat aku trauma dek kerana dikejar Bapakrazzi selama sehari suntuk... saksikanla..

Sabtu, 1 November 2008

LAWAK CINTA SIBER

AWAS JANGAN MUDAH TERGODA!!!!
KEGIRANGAN DIAKHIRI TANGISAN


Sebab awek disangkakan cun giler kat internet.. sekali jumpa.... hampeh jadiknya...


Yang tak berapa nak cantik pun boleh nampak cantik, lepas tu upload kat myspace huhu...


INDAH KHABAR DARI RUPA DAN KATA

-i miss u... bWOOssss!!!! >>>>>>> - i miss u... fooohhh!!!



- here i am... ABANNGGG!!!! >>>>>> - here i am... abanggg....



- PENGGODAAA!!!! >>>>>>>> - menggodaa....



- MBBUUUAAHH!!!! >>>>>>>> - mmmuuuuahhh.....



- ALLAAAA!!!!!!!!!! >>>>>>>> - Alaa u ni... namau.. nanak...




- OOHHHH!!!!! I LAP U.. >>>>>>> - oooohhhh... i love uu...


opssssssss!!!!!!!! tapi tidak yang dibawah ini yer.. ini adalah gambar sebenar yang walau korang touch up camne pun beliau totap hensem dan digilai ramai... bukan sahaja awek-awek cun.. bahkan artis2 jelita turut serta dalam menggilai kehenseman dan kekacakan beliau... termasukla artis2 jelita luar negara. what everla, bollywood mahupun hollywood...

Kerjasama dan keperihatinan serta jasa baik tuan/puan mengenai gambar dibawah ini kerana sudi menggilainya, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih.

Your sincerely, (yang sungguh-sungguh)
Bihunsup all lady...



p/s: habisla korang takleh tido malam lepas ni .. (sebab trauma).. hahahahaha....