Sabtu, 20 September 2008

SELAMAT HARI RAYA... BONDA...

video

AL-FATIHAH...

Ibu..
Hari lebaran ini kesayuan menyelubungi diri
Tanpamu disisi menenggelamkan hidup ini

Ibu..
Kejauhan ini pekat rasanya dunia ini
Kerinduan tiada lagi dapat ku bendung
Hanya doa ku panjatkan padamu
Moga Ibu Aman dan Damai disana

Ibu..
Anakmu ini begitu merinduimu
Harapan ini jauh ku pendamkan
Moga ibu damai di sana
Amin ya rabbal Alamin..

Sabtu, 13 September 2008

TALI GANTUNG? GLUP..

KALI INI aku nak kongsi cerita pasal TALI GANTUNG.... Ceritanya cenggini..

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK !!!!!!!!!!!!!!

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN !!!!!!!!!!!!!

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia.
Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

'
Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

'
Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG ????

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

P/S : Ini baru cerita perjalanan ke tali gantung.

1. Bagaimana pula perjalanan kita bila hampirnya SAKARATULMAUT ?

2. Bagaimana pula perjalanan kita di ALAM KUBUR ?

3. Bagaimana pula perjalanan kita di PADANG MAHSYAR ?

4. Bagaimana pula perjalanan kita di AKHIRAT ?

5. Bersediakah kita dengan setiap perjalanan yang pasti kita akan tempuh ini ?

6. Berbaloikah amalan-amalan kita selama ini ?

MARI SAMA-SAMA KITA RENUNG JAUH KE DALAM DIRI DAN JIWA KITA.

Sabtu, 6 September 2008

FORUM KAWIN LAGI

Forum ini telah dirakamtulis (perkataan baru) oleh seorang teman yang bernama Badrul (bukan nama betul) dimana ianya dibicarakan di sebuah kantin sekolah (reka tempat je ) di Pekan Parit Baru (bukan nama tempat sebenar), diantara seorang yang nak kawin lagi, bernama Jamal (bukan nama sebenar) dengan seorang anak tempatan kat situ (kerja kat situ) yang agak mental sikit yang senang dipanggil Rosli (dah tentu bukan nama sebenar) kalau nama sebenar habisla blog aku kena gam, gam gajah lagi.

ok cerita dialognya cenggini :

Rosli : Jamal, betul ke apa orang kampung heboh pasal ko ni?
Jamal : Heboh pasal apa?
Rosli : Lor ko ni... satu kampung dah heboh buat-buat biarlah rahsia la pulak..
Jamal : Apa-apa an ini... biar betul... cakap je la apa mendanya... ?
Rosli : Betul ke ko nak kawin lagi ni?
Jamal : ooo.. benda ni ke yang merunsingkan kepala lutut ko?
Rosli : Runsing tu idak le.. tapi risau?
Jamal : Risau apa plaknya.. toksah risau-risau laa.. bagi aku itu satu peluang..
Rosli : Peluang ko kata? Pungkok hang!!! peluang!!! kalau tak kena gayanya.. itu peluang masuk neraka ko tau tak?
Jamal : Kenapa ko cakap macam ni... ko jeles ni.. kan.. kan.. kan.. (sambil tunduk menjeling mata ke atas ke arah Rosli, sebab dia pakai cermin mata)
Rosli : Jauhla aku nak jeles... aku nak tanya ko.. tapi ko kena jawab dengan jujur dan ikhlas. boleh?
Jamal : Aku telus... telus orangnya...
Rosli : baikla.. pertama sekali aku nak tanya kat ko la yer...
Sebelum ko kawin ni... ko dah abis ajar bini ko mengaji lom..?
Jamal : Aih.. ko ni.. bini aku ustazah.. dia dah tau mengaji dari kecik-kecik dulu dah..
Rosli : Ada ko pantau dia mengaji.. betul ke salah ke...
Jamal : errr.. errr.. errr.. ( aku pun tak mengaji dah... camne nak pantau, sibuk ngan projek sana sini )
Rosli : haaa ko pun tak mengaji camne nak pantau bini mengaji kan? ko sibuk ngan projek ko kan?
Jamal : Eh mana ko tau?
Rosli : Aku nampak tu ko pikir apa tu... ada atas kepala ko kuar ayat-ayat ko tu..
Jamal : Erk!!! ( Abislaaa... kantoi... )
Rosli : Soklan yang kedua.. berbunyi begini... Ko dah ajar bini ko berenang??
Jamal : Apa kaitan berenang lak ni dengan nak kawin ni..?
Rosli : Ada ke tidak?
Jamal : Yer takde.. mana ada aku ajar benda-benda ni semua?
Rosli : ok.. soklan lagi satu... Ada ko ajar bini ko bertukang?
Jamal : takdela.. buat apa semua tu..
Rosli : Jamal... ko tak layak kawin lagi satu... ok soklan satu lagi, kalau ko tak bleh jawab gak.. maknanya ko tak layak 100%...
Ada ko ajar bini ko tu mengucap dua kalimah syahadah?
Jamal : Bini aku dah tau semua-semua tu laa.. apa la ko ni.. biol pala otak aku.
Rosli : betul ke cara dia mengucap tu... ada ko dengar?
Jamal : mana ada... apa laa biol la camni...
Rosli : Kesimpulannya ko tak layak nak kawin lagi.. tak guna duit banyak nafsu bermaharajalela.. tak guna semua tu... tu aku belum tanya yang lain-lain lagi tu...
Macamni la... ko tak bertanggungjawab lagi kepada isteri engkau yang satu ini.. lagi pun ko dah biol.. orang gilo tak cukup syarat.. ok katala ko waras semula... aku nak terangkan kat ko ni.. dengar lek lok..

1. Mengaji : Ko pun tak mengaji, dah tentu takde sifat nak dekat pada jalan Allah.

2. Berenang : Sok masa ko halimun ngan bini kedua ko kat gunung, tempat isteri pertama ko tiba-tiba banjir sampai bumbung umah dia.. camne dia nak selamatkan diri dan anak-anak ko? Dimana bekalan ko sebelum ko meninggal atau meninggalkan rumah...

3. Bertukang : Sok masa ko takde kat umah paip pulak bocor, tak pun pintu umah ko tanggal selaknya tengah-tengah malam.. camne dia nak baiki? kang masuk pencuri perompak bagai, apa kes beb...

4. Syahadah : Kalimah ini yang utama dalam hidup kita. Kalau ko tak pernah dengar dia mengucap, dimana tanggungjawab ko ke atas seorang islam. Ko adalah ketua keluarga.. kena ambik tahu semua tu... Asas tu beb.. asas kehidupan kita sebagai seorang muslim...

Jamal : isk isk isk.. insaf aku.. insaf aku.. Tak sangka la walaupun hari-hari aku mengadap isteri aku tu, tapi banyak lagi yang aku tak bertanggungjawab pada isteri aku.
Rosli : tu baru 4 perkara aku tanya.. nak aku tanya lagi?
Jamal : Dah, dah.. aku faham.. cukupla tu.
Rosli : Tu la kau.. jangan ko pikir janggut ko panjang, poket kembung (belum tentu berkat tu), ko dah kira mampu segala-galanya... ingat tu...
Jamal : Sob sob sob sob.. isk isk isk... aku insaf dah Li.. insaf sesangat...
Rosli : Elokla tu.. balik ni pi mintak maaf kat isteri ko tu.. ye.. ingat pesan aku tu..
Jamal : Baikla.. terima kasih la Rosli.. err.. err..
nak tanya sikit, ko tanya aku ni... ko dah buat ke apa yang ko tanya aku tadi ni?
Rosli : hehehehe belum laa... tu pasal la aku tak terniat pun nak kawin lagi.. banyak lagi kekurangan aku ni... dan kesimpulannya aku tak mampu. hehehehe...
Jamal : Huh! Kak Timah! kira ni! kira aku punya aje!
Rosli : Dalam hati : hihihi padan muko.. selamo ni pandai la dia menasihat orang pasal syurga neraka bagai, halal haram kerja dan macam-macam lagi la --- (tersengeh puas sambil mata terpejam).

P/S : Adat la tu... tak semua kita ni perfect... so tunduk dan mohonlah kepada Allah segala sesuatu itu datangnya daripadanya. Sama-sama lah kita menginsafi cerita depa ni... ingat bukan bab kawin jer.. banyak lagi hal kehidupan dunia ini yang harus kita mentelaah bersama. Itu baru kawan kita tanya, belum malaikat tanya kat kubur lagi tu... Astaghfirullahal'azim... Wassalam.

Makan bihunsup panas-panas dengan cili hijau.. pergghhhh... tapi ingatla tuhan.

Rabu, 3 September 2008

JUAL KUIH RAYA.. MARI.. MARI..

KUIH RAYA SEDAP-SEDAP... PROMOSI HARI RAYA... !!!!!!!!!

LIYUN melangkah ke satu cabang arena lagi ke arah mengekonomikan Blog..
ini bukan lawak-lawak lagi... serius... hahaha
jejeng...

Kemunculan pelbagai kuih ini sempena kemunculan bulan ramadhan dan hari raya. 100% keluaran melayu. Buat pertama kalinya kami memasarkan kuih ini agar dapatlah kiranya kami melonjakkan tapak kaki ini ke alam barzakh.. eh!.. ke alam perniagaan...

Bermodalkan sehelai wang kertas kami dapat memperkembangkan perniagaan ini sedikit demi sedikit.. Alhamdulillah semua itu datang daripadanya.

Kepada tuan puan, adik akak abang nenek atuk, cik encik, dato' datin dan semua2 laa... kalau nak merasa produk kuih kami ini.. silala order ke apa ke.. email pun bleh jugak.. tel pun boleh.. nanti kami letak no tu kat bawah tu.

Diantara kuih muih kami ini ialah :


( KUIH PALING TOP )
Popia Kacang Crispy (520g ) - RM20.00



Mini Popia Udang Crispy
500g - RM18.00



Coklat Crispy
500g - RM20.00



Coklat Salju
500g - RM20.00



Tart Nenas (500g) - RM18.00
Tart Blueberry (500g) - RM20.00
Tart Strawberry (500g) - RM20.00
Tart Peanut Butter (500g) - RM20.00
Tart Buah-buahan (500g) - RM20.00



Biskut Dahlia Manja
500g - RM20.00



Biskut Gajus Pandan
500g - RM20.00


Setiap penghantaran pos dikenakan RM10.00 bagi setiap 1kg.
Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi kami di email : liyunkom@yahoo.com.my
Tel : 019-3194078 (Aliyun)