Selasa, 27 Mei 2008

LAWAK BADAN TAHAP DIET

SEGMENT IKLAN
( CARA-CARA MENURUNKAN BERAT BADAN )


Di sini ada cara nak menurunkan berat badan. Cukup mudah, simple, tanpa perlu mengeluarkan peluh, tanpa perlu diet seimbang, tanpa perlu mengikat perut dengan getah tiub basikal, tanpa perlu gaji yang besar sebab nak kena maintain beli ubat diet, tak perlu goncang tabung yang dah disorok tu dan sebagainya. Mudah cepat dan mesra pelanggan. Di sini aku paparkan iklan tersebut, saksikanlah... saksikanlah oleh mu wahai sang hujan... eh.. itu lagu iwan dangdut... silap-silap... saksikan.......


video

Ha..... dapat tak informasi terkini itu.
Cubalah... aku dah cuba.. haaaa inilah hasilnya.... jejengggg....

Ini gambar aku sebelum guna produk ni:



dan ini adalah selepas menggunakan produk nih...



Haaa aku baru cuba seminggu jer produk tu... power giler wa kata luu... tengok anggota badan keterampilan ku ini... lihatlah...

* Pesanan orang tak berapa pandai nak pesan:
Ingatler kengkawan semua... ubat-ubat diet ni iklan jer yang mempengaruhinya..
Bak kata doktor peribadi aku tu kata, gemuk ke kurus ke asalkan sihat takder penyakit.

So jagalah penyakit anda itu daripada gemuk.. sekiranya penyakit anda menjadi gemuk maka penyakit itu kena sakit macam2 ler... sakit jantung, kencing manis dan sebagainya...
bila penyakit anda sakit maka secara otomatiknya anda akan dihindari daripada penyakit ( yerla bila penyakit itu mati so takde penyakit la kat badan you all )...

eh... apa aku cakap ni... tak paham lak.. korang paham tak?

Ah! Fikir sendiri ler korang... korang lagik pandai dari aku ni yang kurang pandai...

Bihunsup kata: puasa jer ler.. jimat segala-galanya... rohani pun damai...
(layan blues)

Tiada ulasan: