Selasa, 6 Januari 2009

RESIPI JIMAT CERMAT

Kali ini aku nak kongsi resipi paling murah sarapan pagi.. maklumlah dah mula gawat ni...
biasanya sarapan pagi korang berapa ringgit setiap pagi... mesti cecah RM4-RM5 kan?

kali ini aku akan ajar resipi murah kualiti tahap kedai makan punya... kos hanya dalam RM1.00 ++ sahaja anda dapat makan n minum pagi.. dengan menggunakan masa hanya 5-10 minit untuk menyiapkannya.

INI DIA RESIPI HEBAT YANG KORANG HARUS IKUTI SECARA PERCUMA!!!!!!!

MEGGI GORENG BIHUNSUP

bahan-bahan (save jangan tak save.. pastu print out)
1 sudu minyak masak
1 bungkus Mee Mamee Kari Berapi (antara megi mamee yang murah n sedap)
1 bungkus serbuk kari mamee
1/2 sudu cili kisar
1/2 biji tomato (potong ala tembikai)
2-3 batang sawi (dipotong)
Sejumput bilis kecil (takmo yang belah n besar sebab takde rasa)
sejumput taugeh
2 ulas bawang puith (dipecahkan agar jusnya terasa masa menumis tadi)
1/2 biji bawang besar (jangan besar sangat- potong menegak)
1/4 sudu kecil (nestum budak) garam secukup rasa
1/4 sudu kecil (nestum budak) gula secukup rasa
5-10 henjutan botol kicap cap kipas udang.
tak payah guna aji.. (otak kering kang)
TAKYAH GUNA TELUR MAHAL... LAGIPUN KALAU TAK PANDAI GAUL NANTI MEGI HANYIR BAU TELUR...

bahan minuman:
1/2 peket ali cafe (1/2 lagi buat sok pagi)
air panas segelas.
jangan taruk gula lagi (kang kena kencing manis)

CARA MASAK:
1. Rendam dengan air panas megi mamee (jangan rendam dengan perencah kari tu sekali) about 3 minutes.

2. Toskan megi mamee tadi.
(bolehlah u all pergi mandi bagai masa toskan tu).

3. Panaskan minyak. Tumiskan Bawang putih, bawang besar dan bilis. Bila dah separuh naik baunya masukkan pula garam dan gula tadi. gaulkan sehingga naik bau. kemudian cepat-cepat masukkan cili kisar. Tumis jangan sampai hangus. (i bagi masa 5-10 saat sahaja untuk menumis dengan api yang besar.. kalau tak pandai api besar guna api kecil sahaja 30-40 saat)

4. Dah tu masukkanlah sayur taugeh, sawi dan tomato sekaligus bersama mee mamee yang dah ditos tadi kedalam kuali, jangan kedalam mangkuk.. mangkuk tolla... ( 1 minit masa diberi).

5. Gaul hingga rata dan masukkan rempah kari mamee tadi dan gaul sehingga rata. ( 1 minit masa diberi).

6. Masukkan kicap manis (kipas udang ke) sikit je... pastu gaul (1 minit)...

Dah siap.. hidangkan..

Buat air Ali Cafe aku bagi masa 1 minit gak. guna 1/2 bungkus je utk 1 mug ali cafe tu.

SO KITA KIRA MASA SEKARANG :
Sediakan megi goreng 6 minit 40 saat
Sediakan air Ali Cafe 1 minit
Jumlah masa yang digunakan 7 minit 40 saat.

KIRA MASA TUNGGU KEDAI MAMAK:
Tunggu order 5 minit
Tunggu makanan n minuman 10 minit paling cepat
tunggu bayar 5 minit

Semua sekali 20 minit
Anda jimat masa 12 minit 20 saat

KITA KIRA KOS PULAK :
Megi Mamee Rm 0.70
Tomato RM 0.10
Sawi RM 0.20
Bahan-bahan lain RM 0.20
Ali Cafe RM 0.40

Kos Semuanya RM 1.60

KIRA KOS MINUM KEDAI MAMAK
Megi Goreng RM3.50
Ali Cafe panas RM 2.00

Semua sekali RM 5.50

SEKARANG KORANG TELAH JIMAT RM3.90

NAMA MASAKAN MEGGI GORENG bihunsup (bihunsup tu nick name aku)

Selamat mencuba anda tidak akan rugi..
betul ni.. bukan lawak2...

Dahla sedap, murah dan jimat masa...
selamat mencuba.







4 ulasan:

*secret berkata...

pewh...
nk try aa..
tp ko tao skang megi dah mahal aa..
lau tmpat ko rege masih cemtuh..
tmpt aku mkn mende alah tuh bersamaan dgn nasik.
apela,dorg jual mhal2 nk suh aku tinggal spende je ke..
kejam sungguh..

Liyun Collection's berkata...

oo yeke.. tapi megi mamee kari berapi tu ada pek promosi 5 bungkus RM3.50, so satu bungkus rm 0.70 la kan? tul tak?

julietchun berkata...

Makam megi ari2 kang dpt penyakit lain plak.

Liyun Collection's berkata...

julietchun...
hihihi... makan jela seminggu sekali je... jgn ari2... sebab semua mee megi akan hadam dalam perut kita 3 hari... so pandai2 la... kikiki...
(dulu masa belajar selalu makan megi sebab takde wit)... jimat beb...