Khamis, 1 Januari 2009

AKU BERSINONIM

Parit Baru, Sabak Bernam. 12.01 pagi waktu Malaysia...
Aku melangkah terhencot-hencot untuk menjejakkan kaki ke tahun baru ini disebabkan CHIKUNGUNYA... inilah dugaan terakhir tahun lepas. Aku rasa mahu je terjun bangunan 150 tingkat agar segala kisah tahun-tahun lepas terpadam buat selama-lamanya. Biar kaki aku pun tak rasa sakit.

(terjun bangunan 150 tingkat tapi dari aras bawah atas bonggol tepi longkang tu je.. hihi... nak mampos!! terjun tinggi-tinggi - macamlah dah konfem masuk syurga... nabi yang dah konfem masuk syurga tu pun masih kuat beribadat kepadanya. Kita nak kejar 5 waktu pun kadang-kadang lewat... lau boleh tahun ni aku nak kejar 5 waktu tu on time.. no relaks-relaks- azam ni. TIANG AGAMA BEB.. sebenarnya dah azam masa Maal Hijrah semalam.. tapi aku bawak jugak ke tahun baru ni... nak tukar selera azam omputih ni, tukar kepada islamic rohani dan jasmani)

Jatuh bangun tahun-tahun lepas teramatlah mengajar aku erti hidup... aku ni berazam 5 tahun sekali... (hahahaha)... erti kawan, sahabat, wang, makan, minum, keluarga dan yang terlalu memberi aku pengajaran adalah tentang SAHABAT... bukan sekadar sahabat biasa ini tentang SAHABAT KARIB.

Rasanya seperti tidak molek kalau aku mengungkit semula tentang SAHABAT ini. Manala tau ada yang terbaca nukilan aku ini. SAHABAT la yang membunuh hidup aku dan dek kerana pembunuhan itu aku bersyukur sebab aku tak hilang nyawa.. tetapi pembunuhan itu memberi pengajaran dan kekuatan kepada aku untuk terus bangun walaupun kecederaan yang ku alami amat parah sekali.

INGIN KUTUJUKAN UCAPAN TAHUN BARU INI KEPADA INSAN DIBAWAH DENGAN UCAPAN :

1. SAHABAT KARIB (yang dah tak anggap karib kat aku lagi)
Ingatlah perjalanan hidup kita tidak sejauh mana. Entahkan saat ini kita akan kehilangan nyawa. Berkata dan Jawablah dengan hati akan sesuatu yang kau rasakan akan diriku yang hampeh dimata kamu. Jangan dengar akan kata orang lain. kadang orang laian itulah bayangan syaitan. kadang diri kita juga syaitan bilamana syaitan dah bertapak dalam jiwa kita. AKU TETAP AKU.. sepertimana kau kenali aku begitulah aku selamanya. Tidak mengapa Aku redha apa yang berlaku dan aku mula bangkit pelan-pelan. Aku yakin pada kekuasaannya.

2. KAWAN KERJA (yang dah pijak-pijak aku)
Harus diingat kita hanya musafir yang dijadikan dengan sementara untuk mengemudi alam yang kian rapuh. Allah Maha Mengetahui akan segala yang you all kata keji hina dan hinjak-hinjak aku selama ini. Aku dah maafkan kesemuanya. Korang jangan risau, moga Allah terima untuk korang yang dah bertaubat. Kepada yang belum bertaubat, taubatlah banyak-banyak. AKU TAK KISAH.

3. BOS LAMA (sekarang aku dah jadi bos)
Pertemuan kita hanya sementara tetapi cukup untuk membuat aku tersungkur tertiarap demi menegakkan keadilan dan amanah yang diberi. Walaupun 3 tahun kita berhadapan dan bersebumbung dalam kerja, cukup sudah untuk aku mengerti akan seorang PEMIMPIN yang BERPEMIMPIN konon. Ingatlah sekiranya Jawatan yang kita kejar dan kita meronta-ronta untuk mendapatkannya dan anda tidak dapat melaksanakan tugas itu dengan penuh amanah dan menindas orang bawahan nescaya di sana nanti BAWALAH BEBANAN YANG KAMU INGINKAN ITU. Sebutir debu amanah yang kau impikan namun tidak dapat menjalankannya, maka angkatlah bebanan sehingga kamu terdaya. Namun kamu tidak akan terdaya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa. Moga kau beroleh rahmat dan insafkanlah diri sebelum Malaikat datang mencabut nyawa yang dikandung badan. (peh panas gile statement ni)..

4. INSAN yang bernama USTAZ (yang ala-ala ustaz)
Kebanyakan ustaz yang aku kenal hampeh belaka. Duit, duit, duit... dahla berceramah sana-sini namun yang dikejar upah yang lumayan, cakap tak serupa bikin.. Apa ni??? Ikhlaskanlah ilmu korang, minta maaf dengan izin yer... Apa yang kamu ceramahkan dahlah melibatkan Hadis Nabi dan Ayat-ayat Allah... namun dipikiran masih lagi tertumpu akan bayaran. Allah melarang ayat suci ini dijual beli dan diperdagangkan. Berjihadlah ke jalan Allah nescaya rezeki ada dipinggirmu. Teruskan perjuangan Ustaz Fadzil dan kepada Ustaz Mashkuri Salam Ukhwah dari aku yang begini... Lama tak jumpa.. dimana kamu wahai ustaz... (antara ustaz baik dan berani yang aku kenali).

bersambung lagi.. ada lagi......

Tak jadila nak sambung... nanti kena gam lak..
What ever pun semua yang lalu aku jadikan selingan hidup.. moga tahun ini akan terus waja dan perkasa hendaknya hidup ini...

Salam sayang dari aku untuk korang semua... (jiwang)
semoga kalian berada dalam lindungannya.

Tatatatata.....

6 ulasan:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

wah.menjiwang.menjiwang.menjiwang.
sayang kamu jugak meyh.*euwkk*
hahahaha.slmt sehat menyehat eah.be strong my honey bunny,.*alololo,ter ayat plaks*

Bihunsup berkata...

pling pling pling (angau)...
akan aku jadikan kata-katamu sebagai layan jiwang disuatu ari nanti...
Tungguuuu.......

ngau ngau ngau angau...

hayati berkata...

teruskan perjuangan.. jangan pandang belakang..

Bihunsup berkata...

hayati...
tima kasih laling... kena pandang gak la... kot2 ada awek cun follow... hihihi

hayati berkata...

aha...awek cun.. i pun cun gak... nak follow lah. bleh??? hehehe.. hihihi..

Bihunsup berkata...

hayati...
boleh follow sebab cun... kui kui kui... (miang tahap pingu)