Selasa, 5 Ogos 2008
DEMI MASA
[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
ABU LAITS BERKATA:
Sesiapa yang ingin selamat dari siksaan kubur, maka harus menlazimi EMPAT (4) dan meninggalkan EMPAT (4) iaitu :
1. MENJAGA SOLAT LIMA WAKTU
2. BANYAK BERSEDEKAH
3. BANYAK MEMBACA AL-QURAN
4. MEMPERBANYAK BERTASBIH (membaca: SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR. WALAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH)
Maka dengan rahmat Allah yang Maha Pengasih dan maha Penyayang, maka selamatlah hambanya dari siksa kubur yang amat sakit tidak terperi sakitnya.
Adapun EMPAT perkara yang harus ditinggalkan ialah :
1. DUSTA
2. KHIANAT
3. ADU-ADU
4. MENJAGA KENCING, Sebab Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Bersih-bersihkanlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya).
Maka dengan rahmat Allah yang Maha Pengasih dan maha Penyayang, maka selamatlah hambanya dari siksa kubur yang amat sakit tidak terperi sakitnya.
MASA TAK BUAT LAWAK DENGAN KITA
Selasa, 29 Julai 2008
ZAMAN DAH BERUBAH, DUNIA DAH MAJU... INI LAH JADINYA... LAWAK JUGAK KE?
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Jika selama ini main 'masak-masak atau main kahwin-kahwin' begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan 'main rogol-rogol' sangat menggemparkan.
'Permainan' yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.
Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.
Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.
Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.
Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.
"Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.
"Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja," katanya.
Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.
"Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih 'pandai' akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar 'main rogol-rogol' saja," katanya.
Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.
"Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan," katanya.
Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.
Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan 'main rogol-rogol' itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.
"Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik," katanya.
Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.
Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti 'main rogol-rogol' bersama adik saudaranya.
Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.
Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.
P/S : Jangan leka kiranya ZAMAN DAH BERUBAH DUNIA DAH MAJU....... Andai kita alpa dikhuatiri negara akan hancur...
Rabu, 23 Julai 2008
INI BUKAN LAWAK-LAWAK, INI BETUL-BETUL
Mandi hadas.
Disyariatkan sebagai wajib dalam dalam agama Islam
Hikmahnya :
a. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hikmah yang sebenar-benarnya.
b. Mengembalikan kesegaran tubuh badan
c. Melegakan otot-otot yang tegang
d. Membersihkan kekotoran
Kaedah mandi hadas dan cara-caranya.
a. Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm)
b. Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan.
c. Beristinjak – membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada)
d. Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat
e. Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat
“Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah.
f. Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal.
Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wudhuk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula, kerana hal itu membatalkan wudhuk
Nota : Semua yang tertera di atas merangkumi segala perkara yang wajib atau fardhu dan sunat-sunat mandi.
Sabtu, 19 Julai 2008
LAWAK TAHAP ROSAK YER.......
FREE!!!!!!!!!!!! GILEEEERRRR !!!!!!!!!!!!! TAHAP REGA MINYAK NAIK !!!!!!!!!!
SESAPA YANG NAK DIRINYA JADIK KARTUN SILA HANTARKAN GAMBAR ANDA DI ALAMAT YANG TERTERA DI BAWAH...
EMAIL : liyunkom@yahoo.com.my
Yahoo Massenger : liyunkom@yahoo.com.my
( ada jer kat depan komputer, insyaallah... BUZZ jer )
Khamis, 10 Julai 2008
LAWAK JANJI
Saban hari kehidupan kita dipenuhi dengan janji. Buat itu janji, buat ini janji, pergi situ janji, pergi sini janji, semuanya janji. Orang kata janji senang hidup, semuanya ok.. ok.. ok..
Bagi orang yang takut janji, besar kemungkinan dan mudah-mudahan di Padang Mahsyar nanti takdelah terkejar-kejar mencari orang yang belum kita tunaikan janji. Di masa itulah baru kita mahu menunaikan segala janji. Namun ianya sudah terlambat dan kita tiada masa sebenarnya untuk itu semua.
Dan ingatlah kita juga, sebelum dibangkitkan dan dikumpulkan di Padang Mahsyar nanti kita akan melalui alam kubur. Selepas tujuh langkah orang terakhir maka bersiap sedialah kita semua, untuk menjawab segala pertanyaan dari Malaikat. Cukupkah bekalan yang kita bawa dan berbaloikah perbuatan-perbuatan kita yang melanggar suruhannya menampung pertanyaannya.
Dan marilah kita ingat bersama, sesungguhnya kita bermula ditiupkan roh kita sudah berjanji dengan Allah. Segala macam kita buat janji dengan Allah.
Pernah tak kita merasa hina?
Kita ni hina di sisi Allah bila mana Allah dah bagi macam-macam kat kita, namun kita masih leka dengan dunia kita, percaturan hidup dunia kita... kononnya kita ni hebat, power, gagah, berani.
Dan dimasa kegagahan berani kita itu, Allah melihat betapa takburnya kita.
Renunglah udara dan oksigen yang Allah beri secara percuma... PERCUMA!!!!!
Hebat sangatkah kita? Andai tuhan suruh bayar semula oksigen yang kita hirup ini.. boleh ke? boleh ke? Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Dia tak mahu keluarkan bil oksigen.
Dunia kita ini, andai kita lewat bayar bil kat dunia nipun kena potong perkhidmatan.. andai tuhan potong oksigen kita bagaimana tuan-tuan... ?
Ini baru ada pihak potong bekalan perkhidmatannya... kita sudah melatah gilababas... salahkan orang itu, salahkan orang ini... kenapa tak salahkan diri sendiri?
Siapalah kita....
Ada perkara yang kita perlu ingat... Beriman dan Bertaqwa kepadanya... Insyaallah kita di sisinya... Allah itu Maha segala-galanya.
Beriman?? Bertaqwa?? ( selamilah dan ianya bukan hanya dibibir sahaja - bersamalah kita menyelaminya )
Wallahua'lam...
P/s : Aku insan yang lemah, mudah-mudahan di sisinya.....
Sabtu, 28 Jun 2008
PENGENALAN
( Klik kat gambar untuk besarkan saiz )Sekadar berkongsi bersama.... Namun setiap watak yang bakal ku persembahan tiada berkaitan dengan awek-awek aku, eh.. yang hidup maupun yang tiada di muka bumi ini...
Hak cipta adalah terpelihara... namun begitu aku sudah lama ingin menerbitkan karya ini.. tetapi apakandaya langit asyik mendung jer ( tidak selalu cerah ) ... baru nak keluarkan idea, hujan dah turun ( kata pak mustar )... kalau aku terus melukis karang habis basah lak kertas lukisan aku ni... mahal tau kertas lukisan aku ni.. sehelai RM300.00, eh... tak tak.. RM 0.30 jer...
Namun ku ucapkan ribuan terima kasih kepada makwe-makwe yang mengenali diriku ini... eh makwe-makwe lak... syasul syasul... sori sori..
ulang suara... ku ucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua yang setia memberi sokongan padu dan hebat kepada daku yang jauh dimata dekat dihati... cewah!... tih tih tih...
Tidak lupa juga kepada rakan taulan yang dah tak merakan ngan aku lagi... terima kasih ku ucapkan... dan yang paling penting sekali kalau nak jalan tu jalanlah ke jalan yang lurus...
Kepada permatahatiku... kaulah pewarna dalam hidupku...
terima kasih kerana bersabar dengan kesabaran ini...
Kepada guru ku halalkanlah pelajaran yang kau curahkan itu...
Apa-apa pun... mudah-mudahan perjalananku ini akan senantiasa tenang dan aman dengan diringi suara di bawah ini hingga selama-lamanya.... hayooo suara apa itu...???? pada sesiapa yang tak berani tu jangan ler klik video di bawah ni... korang berani ke tak ni... ke besi berani, nasi beriani, berinai, kahwin, majlis temuramah dan sebagainya... berhati-hati yer... baca Bismillahirrohmanirrohim sebelum klik tu...
Selasa, 24 Jun 2008
LAWAK MACAM BEST
Isnin, 23 Jun 2008
MACAM BAGUS....
Ada seorang ulama... (ini kisah benar terjadi kepada abang aku sendiri)...
semalam kemas stor... cari dan selongkar akhirnya jumpa ler artwork aku yang lama-lama dulu... ( dah naik kelabu aku dah paper tu... kalau jual dah taraf potret monalisa bih... hihi.. )
so nak isi kekosongan blog ini aku kongsikan bersama kalian semua...
Selasa, 17 Jun 2008
MENYESAL TIDAK BERGUNA
Mak...
Maak...
MAAAAAAAAAAAAAAAAKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Innalillahiwainnailaihirojiun...
MAAAAAAAAAAKKKKKKK!!!!!!!!!!
MAAA aaa aaakkk......
maaak...
maak...
makk...
Kenapa mak pergi makk...
isk isk...
mak... jangan mak... jangan... aaa...
kenapa mak... kenapa...
Ya Allah... kuasamu Maha Besar...
Mak... aku belum sempat bermanja-manja denganmu..
Mak... aku nak peluk mak..
Mak... aku belum sempat membalas budi dan jasamu..
Mak... Aku banyak berdosa padamu..
Mak... ampunilah dosa anakmu ini..
Mak...
Mak... Bangun mak....
maaaaaakkkkk....
abang kakak adik... macamana ni... apa nak buat ni...
cepatlaa...
Dengan sekelip mata keadaan menjadi sunyi sepi seketika...
Mak.. aku rindukan suaramu...
Mak.. aku rindukan gurauanmu...
Mak.. senyumanmu ku rindui...
Mak.. siapa nak mendengar gurauan ku ini...
Mak.. Siapa nak membelai dahi ini...
Mak.. siapa nak menasihatkan anakmu ini...
Mak.. aku nak peluk mak lama-lama.. isk isk....
Mak.. isk isk.....
Aku tak dapat menahan air mataku ini.. bila kali terakhir ku tatap wajahmu...
kenapa muka mak lain.. (dalam hatiku menebalkan mak cuma tak sihat)
Aku tetapkan iman dan tabahkan hatiku..
Mak.. Dulu masa aku kecil aku banyak menyusahkanmu...
Mak.. ingat tak dulu... mak ada bertanya..
waktu itu kita diladang tanaman sayuran... kau bertanya kepadaku...
"Esok besar anak mak nak jadi apa?"
Aku dibelakang tempat duduk basikal dan mak turun menyandar basikal... waktu itu angin segar menghembus kita berdua...
"Aku nak teman mak kat ladang... "
Mak senyum jer... kelihatan lega dengan jawapan aku...
Dan bila besar ini... aku hanya dapat dekat pada mak. Aku tak dapat menolong mak. walaupun kerap aku menjenguk mak, namun kurasakan masih belum cukup untuk ku membalas segala jasa mak.. mak.. isk isk... aku rindu... rindu mak... isk isk...
Mak.. dulu mak ada cerita kat aku...
Dulu aku ada meragam pada mak.. aku macam ingat lagi la mak.. betapa aku menyusahkan mak..
waktu itu umur aku 3 tahun..
Ditengah2 malam aku menangis menyebut " Acah. acah, acah tak henti-henti "
Acah itu mak kata MADRASAH... mak kata aku nak pergi madrasah (surau)... tak dapat aku bayangkan ditengah2 malam mak aku bawa aku kesurau...
dan berkata.. " haaa tengok ada apa kat surau...? ada tak... ada tak... cari apa... cari apa... ?? "
dengan beraninya mak mengambil air tangki surau lalu menyiram tubuhku dengan air itu.
Tidak dapat ku bayangkan ditengah-tengah malam... tanpa ada kemudahan elektrik waktu itu...
aku diam dan mak bawaku balik kerumah dan terus tidur nyenyak... duuu duuu duuu duuu duuu...... zzzzzzzzzzzzzz..........
Mak...
aku banyak meyusahkan mak...
Disaat-saat akhir seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir...
aku sempat mendukung mak... aku bawak ke klinik.. hospital... sempat aku mendukung mak...
mak..
seronok tak aku dukung mak...
Dulu kecik-kecik dulu, mak selalu dukung aku kan.. mesti mak penat kan...
kesian mak... kehulu hilir dukung aku sambil buat kerja..
mak...
maaak...
mak..
Bersemadilah mak dengan aman dan damai...
Kata mak.. jangan lupa sembahyang... kalau dah sakit tua macam aku ni dah susah nak sembahyang..
Tapi sebelum waktu akhir hembusannya.. mak sempat menunaikan solat... mak begitu menjaga solatnya... sungguh kuat mak... walaupun sakit masih terus sembahyang...
Sesungguhnya.. mak... maklah orang yang paling sabar...
Selalu mak nasihatkan aku ketika aku marah akan seseorang...
" Biarkan sahaja... jangan lawan... biarkan... "
Mak walaupun mak ada orang tak suka mak... tapi mak masih berkawan dan tegur orang itu...
Mak... mak sungguh hebat...
" Allah disisi kita insyaallah " aku ingat lagi kata kata mak...
Mak... bagaimana aku nak jadi seperti mak...
Aku tau mak mesti tenang dan bahagia di sana...
Aku dapat rasakannya...
kan mak..
kan..
Seronoknyaaa...
wanginya maakk...
harumyaa...
Pusara mak pun wangi...
Semoga mak aman tenteram di sana...
Semoga mak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
semoga mak bersama orang-orang yang soleh dan solehah..
Amin... ya rabbal alamin....
Mak...
Aku redha pemergianmu...
Ya Allah ya tuhanku.. kau berilah hidayahmu kepada ibuku di sana... dan juga sekelian umat muslimin dan muslimat... Amin...
Al- Fatihah...
MARLIAH BINTI MUKRI
(14 DISEMBER 1941 - 12 JUN 2008 )
P/S : JENGUK DAN PELUKLAH ORANG TUA KITA SELALU... TAKUT NANTI KITA TAK SEMPAT MERASAKANNYA... MUDAH MUDAHAN PELUKAN KITA ITU MEMBERI SEMANGAT UNTUKNYA BERJUANG MENERUSKAN HIDUPNYA... TIADA GUNANYA MERASA KESAL DAN TERKILAN ANDAI KITA TAK DAPAT MERASAI TUBUHNYA YANG SEDANG HANGAT... PELUKLAH SEKARANG WAHAI ANAK-ANAK... KAU TIDAK AKAN RUGI... ISK ISK ISK...
Selasa, 3 Jun 2008
LAWAK DURJANA
Kisah ini benar-benar terjadi di sebuah negara padang pasir, negara itu diberi nama ISKETAMBOLATAMPO. Ceritanya cenggini...
Once open the time, ada sorang beauty girl ni kesepian. I dont know how la kan... tiba-tiba dia meet a cat. The cat is very kesian dia tengok. What ever pun, because terlalu kesian, so the girl tu pun ambikla the cat itu for dibela. Ntah macamana, the girl tu very sayang kat cat tu... cat tu pun feel taht dirinya itu disayangi.
Kisahnya, the cat itu manja-manja la dengan girl itu. The girl very happy you know. Al maklumler dah lama alone (orang putih kata ler yer). Dah lama alone gituu.. Ntah macamana the cat itu rasa feel semacam jer kat girl tu... Dah jatuh love kot. The cat pun tak taula yang dia rasa itu, namanya loving.
So, pada satu malam kan, haaaaaaaaaa..... (this is the climaks story)...
The cat ni ntah macamana ter see the girl terbaring ala-ala Britney Spears gitu... Lalu dengan rasa dah tak tahan nih.. almaklumler kucing garong (ganas, brutal), kalau dah garong tu nafsu pun macam setannn syaitannn (nada ahmad nisfu), lalu diterkamnya dan girl tu pun takder lak meronta-ronta help mintak tolong pun... hmmm... masing-masing gersang kot (bukan kumpulan gersang ek, kalau kumpulan gersang tu baik budak-budaknya).
Sehinggalah menimbulkan sak wasangka, dan kita kena ingat tu, kalau dah berdua-dua kat tempat sunyi orang ke three nya adalah Syaitan yang direjam... So, faham-fahamlah kalau dah dibiarkan. Aum.. aum.. aum... ler jadiknya...
So, at here kami sempat mengambil snap the picture about dua dalam satu nih... antara tuan dan haiwan yang bernafsukan binatang. So, jangan bagi tau sesapa tau.. sensord nih... Syyyyyyyyyyyyyyyyy.... liam-liam haaa.....

Hampeh cam siput!!!!!!!!!!
Rabu, 28 Mei 2008
LAWAK TAHAP BIOL
Hari tu aku dah takder uwang... tapi aku nak beli baju idaman aku... baju yang ada gambar sinchan tuuu,.... so aku buat ler pinjaman FAMA (father n Mother)
Pinjam ayah Rm25.00, pinjam mak RM25.00 total semunya RM50.00. Pastu aku pegi beli baju RM45.00 baki tinggal RM5.00. Pastu aku amik RM1.00 bayar kat ayah aku. Aku ambik RM1.00 bayar kat mak aku lak. Baki tinggal RM3.00. Hutang ngan ayah jadi RM24.00, hutang ngan mak pun jadi RM24.00. RM24.00 + RM24=RM48.00 + baki RM3.00 = RM51.00. Aik? dari mana datangnya RM1 lak ni?
Aku pinjam RM50.00.....???
camner leh jadik RM51.00???
Arghhh!!!!!!!!! pening-pening!!!!!!
Ni sinchan punya pasalla ni...
Huh!!!

Nape abang bihunsup?... peningker...???
la la la la la la...
Nanti sinchan bagi tau jawapannyer ek...
Takpun pulangkan je ler duit tu kat mak ayah abang yer..
lalalalalala.....
Selasa, 27 Mei 2008
LAWAK BADAN TAHAP DIET
( CARA-CARA MENURUNKAN BERAT BADAN )
Ha..... dapat tak informasi terkini itu.
Cubalah... aku dah cuba.. haaaa inilah hasilnya.... jejengggg....
Ini gambar aku sebelum guna produk ni:

dan ini adalah selepas menggunakan produk nih...

Haaa aku baru cuba seminggu jer produk tu... power giler wa kata luu... tengok anggota badan keterampilan ku ini... lihatlah...
Bak kata doktor peribadi aku tu kata, gemuk ke kurus ke asalkan sihat takder penyakit.
So jagalah penyakit anda itu daripada gemuk.. sekiranya penyakit anda menjadi gemuk maka penyakit itu kena sakit macam2 ler... sakit jantung, kencing manis dan sebagainya...
bila penyakit anda sakit maka secara otomatiknya anda akan dihindari daripada penyakit ( yerla bila penyakit itu mati so takde penyakit la kat badan you all )...
eh... apa aku cakap ni... tak paham lak.. korang paham tak?
Ah! Fikir sendiri ler korang... korang lagik pandai dari aku ni yang kurang pandai...
Bihunsup kata: puasa jer ler.. jimat segala-galanya... rohani pun damai...
(layan blues)
LAWAK TAHAP GABAN
GABAN!!!! waketau waketau gaban.....
Siapa tak kenal GABAN diera 80an..
Akulah orang pertama tercongok depan tv tengok citer GABAN..
Lepas balik dari sekolah rendah petang... aku pecut laju-laju basikal BMX warna merah aku tu...
Balik campak semua salam pun entah ke mana, kasut sekolah ntah kemana, beg sekolah entah kemana, songkok, baju, sampin hijau... zuuuss zaaaasss ziummm...
Fuh sempat jugak negok citer gaban.. shap jam 5.30 petang aku sampai umah...
ha ha ha...
Kali ini aku kenangkan korang lagu sebenar GABAN... dulu kecik-kecik aku langsung tak tau menyebutnya. Setalah dikaji-kaji hingga ke umur 29 tahun ni maka terjawablah lirik GABAN ni.. (nak menyebut dalam bahasa jepun)..
Kepada kawan-kawan usia muda ni korang mana tau GABAN-GABAN nih...
So aku kongsikan bersama... untuk korang orang baru... dan khususnya kepada rakan zaman perjuanganku...
Korang tak tahu tu lirik sebenar... kat sini meh kita layan...
HA HA HA HA HA...
dikesempatan ini aku nak koba sikit nih.. haaaaaaaa... jaga2 ler pengaruh kartun dari luar ni.... sebabnya aku dah terpengaruh nih... bahaya boleh membawa sehingga ke alam besar...
So, kalau nak tengok kartun-kartun luar sekarang, hati-hati ler... ambil yang baik dan jangan buat yang buruk... Aku dulu sanggup tak belanja kantin sebab nak beli jajan kumpul koleksi gambar-gambar gaban nih..
Kalau mak bapak aku tau ler duit tu aku tak pi belanja kat kantin.. habih ler aku... habih... piap!!! So, kat sini aku menyesal sangat duit mak bapak bagi aku buat beli benda yang lain... takde pekdahnya pun...
Satu lagi... kebanyakan kartun luar ni menggunakan bahasa.. " TAK GUNA!!!! ".... aku rasa bahasa ni kurang sihat untuk anak-anak kecil... diorang mana tau paper... aku tengok budak-budak kecik sekarang kalau bengang sikit jer mesti kata " TAK GUNA!!!"
Kalau kita orang malaysia biasanya bila bengang akan sebut " BA** ", manakala Mat Saleh plak akan sebut " FU** ", ni jepun lak agak baik jugalah sebab dialih bahasakan (TAK GUNA)... kalau dalam bahasa jepun tak tau lak aku.. tak belajar...
So, kepada Ibu Bapa, anak anak dan semuanya... perhatikanlah watak dan bahasa sesuatu yang datang dari luar. Sedikit sebanyak perkataan seperti di atas walau dah dialihkan kepada bahasa yang lebih lembut, tetapi hakikatnya perkataan yang tidak elok di sisi agama.
Lebih baik gantikan kepada Al-hamdulillah...
Kan manis tu... bila dah ucap Al-hamdulillah takdelah korang akan rasa marah, bengang, benci dan sebagainya... So, takdelah perang-perang macam sekarang nih...
ketahuilah sekecil-kecil dan sesingkat-singkat perkataan yang tak elok jika dibiarkan dan damalkan akan meresap dijiwa dan boleh menuju kepada kehuruharaan dunia...
Ingat tu semua... aku pun kena ingat juga ni... (sama-sama la kita ingat-ingat)..
kesian... eh..!! sekian....
Wassalam... (bihunsup)
Sabtu, 24 Mei 2008
LAWAK PENGOTOR
Wah wah wah cutenya.... manjanya dia... manja tahap pemalas..
Tapak kaki kucing tu...
Aku tak tau ler nak kata apa kat tuan kucing nih.. kucing tu bukan tau mende pun bab-bab penjagaan tapak kaki tu...
Tolong ler kalau ada kucing tu.. buat-buat ler pembersih sikit... ni tidak.. habis semua baju, karpet, seluar jeans, tv, almari, cadar, rak kasut, ais box dan sebagainya penuh dengan tapak kaki kucing...
So, pepandailer nak jaga kucing tu...
*Pesanan orang tak berapa nak pandai pesan :
Jaga diri, jaga peribadi, jangan malas-malas... nanti jadi pemalas... bila dah pemalas asyik tidoooo jer keja dia...
kui kui kui... (Bihunsup ~ pemalas tahap waketau gaban)
LAWAK TERKEJUT TAHAP KENCING MANIS
Tak baik gelakkan... kalau bersin kita kena doakan beliau... kalau nak gelakkan, tu haa orang yang terkejut tu... tapi aku pasti beliau dah doakan anak beliau tu...
*Pesanan orang tak berapa nak pandai pesan :
Kita harus waspada walau dimana kita berada sekalipun. Sedarlah, sekarang kita aman, kita tak tahu lagi mungkin suatu masa keamanan kita akan terurai... mari sama-sama kita beramal kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama amnya... Insyaallah kita dalam lindungannya... Aminn.. (Bihunsup)
LAWAK SEDAR DIRI
Yerla manusia ni berakal, so macam-macam ler leh buat segala perkara samada baik atau buruk... terpulang kepada individu tu sendiri bagaimana nak menghalakan akal fikiran beliau.
*Pesanan orang tak berapa pandai nak berpesanan ni :
Kadang tu kegiatan chipmunks ni lebih elok berbanding kita nih... tapi kalau mak bapak chipmunks tu tau diorang buat camni... aku rasa kena pelangkung gak ler.. sebab sebagaimana diberitahu golongan chipmunks ni melarang ler perkara-pekara seperti di atas tu.. hi hi hi... sowi ler kepada kita manusia semua yer... pedoman kepada semua.
Khamis, 22 Mei 2008
SEGMENT PERIBAHASA
Salam gembira suka-suka...
Orang dolu-dolu ada berkata "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya"
Aku ada cerita ler sikit disebalik peribahasa tu..
Ada kawan sepeniduran aku ni ler... eh bukan.. bukan... bukan sepeniduran... kawan seperkitaran.. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian ada gak gunanya... kata dia la yer...
Ok.. nama dia ni 'R' (dia suruh bagi nama tu)...
Sedarik kecik lagi dia ni minat sangat pada tarian... tapi keinginan dia itu telah dihancurkan oleh bapak dia punyer jiran. Pada awalnya bapak dia setuju jer, tetapi bila bapak dia ni mintak pendapat kat jirannya tu (so jiran dia pun bagi tau ler itu ini).. rahsia katanya takleh bagitau kat sini..
So, dia pun memendamkan rasa keinginan dia sehingga ke peringkat besar panjang..
Dia ni sebenarnya minat pada tarian ballet.. alaaaa tarian yang berdiri terkatik katik hujung jari tu ler.. (tu pun tak tahu ker).. yer ler orang kampung dia risau kalau sok sok acara kompang di kenduri kendara habis dia gantikan dengan acara ballet nih..
So, dengan sebulat suara orang kampung pun akhirnya tidak menyetujui keinginan beliau (suara orang kampung tu bulat bulat adanya.. hi hi.. tak tau ler camner suara diorang tu)..
So, dia tunjukkan ler pic dia tu masa kecik2 dulu.. dia kata dulu aku camni ler bila menari.. comel kan?..

Aku pun layan ler.. memang comel, memang cool... sayang, memang sayang... berbakat dia ni rupanya...
Tapi seperti aku terasa berapi jerk bila nengok gambar dia masa kecik tu.. (menyirap)...
Tapi dia tetap dengan pendirian dia untuk terus membawa diri ke arah tarian ballet walau pelbagai dugaan dan perubahan cuaca dan waktu sekalipun, dia tetap dengan impiannya..
'R'... 'R'...
Tengok para penonton sekalian.. hampeh tuller dia nih... penyalahgunaan peribahasa betuller...Ucapan terakhir dia sebelum kena tompeleng ialah... Jangan Kita Berputus Asa Walaupun di mana Kita Berada.. temukanlah impian kita sehingga keakhirnya.. Lihatlah betapa utuhnya cita2 saya... PANG!!!! ( den tompeleng cuping telingo dio.. pada muko!! huh!!! )
*Pesanan Hampeh : Tu ler para penonton sekalian.. Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya... Buruk betul aku nengok si 'R' nih.. ah! aku bocorkan jer la namanya... Nama dia RIKISYI... bukan Rickyshi si mamat gusti tu ek.. tu kuat!... ni ?.... paham-paham ler... aku pun tak tau nak spesifikasikan dia ni.. Ni ler kalau tak dikawal dari kecik... hmmm... RIKI... RIKI...





