Selasa, 12 Mei 2009
LAGU UNTUK PASANGAN BERCINTA
Kepada sesiapa yang tahu akan the meaning lagu diatas, bolehlah terangkan kepada gua (saya) di sini. Sebab gua (saya) tak tahu menahu langsung apa yang disampaikan oleh lagu ini. Gua (saya) aci ceploskan je lagu ini. yaaa CEPLOS..... hahahahahahaha.......hahahahaha........ kepada kak Ima (bukan nama sebenar.. nama sebenar Sarimah.. hahahaha...ya kepada Kak ima TONTONLAH CEPLOS SETIAP JUMAAT SABTU DAN AHAD JAM 9.00 MALAM HANYA DI TV9 DEKAAAT DI HATI).... ANDA PASTI TERHIBUR... HAHAHAHAHAHA... HIHIHIHIHIHI..... Ceplos!!! tollah.. huh!
Isnin, 11 Mei 2009
AWAS!! SAMBUTAN HARI IBU..
Selamat Hari Ibu
Sudah menjadi tradisi tahunan anak-anak sedunia di'iklankan' atau diminta menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa. Hari tersebut bukanlah bersempena Hari Lahir atau Birthday ibu atau bapa masing-masing tetapi mengambil sempena yang lain dan tarikhnya tidak pula tetap bagi setiap tahun. Bilakah Hari Ibu dan Hari Bapa disambut di Malaysia? Jawabannya sangat ‘sempoi’ iaitu, 'jika masyarakat Amerika sambut maka kita pun sambutlah!. Tidak ada masalah bagi rakyat Malaysia kerana sudah ada rujukannya.
Kalau mengikut perkiraan dalam takwim sambutan Hari Ibu dibuat pada Ahad Minggu Ke-2 dalam bulan Mei setiap tahun, manakala sambutan Hari Bapa ialah pada Ahad Minggu Ke-3 dalam bulan Jun setiap tahun. Sebut tentang Amerika Syarikat yang menariknya pada tahun 1966, Presiden Lyndon B. Johnson menandatangani proklamasi presiden bagi mengisytiharkan Hari Ahad ke-3 setiap Jun sebagai Hari Bapa.
Kalau mengikut perkiraan dalam takwim sambutan Hari Ibu dibuat pada Ahad Minggu Ke-2 dalam bulan Mei setiap tahun, manakala sambutan Hari Bapa ialah pada Ahad Minggu Ke-3 dalam bulan Jun setiap tahun. Sebut tentang Amerika Syarikat yang menariknya pada tahun 1966, Presiden Lyndon B. Johnson menandatangani proklamasi presiden bagi mengisytiharkan Hari Ahad ke-3 setiap Jun sebagai Hari Bapa.
Memang ada Negara yang tidak menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa mengikut ketetapan yang sama dengan Amerika Syarikat. Thailand umpamanya menyambut Hari Ibu pada 12 Ogos yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit. Hari Bapa di Thailand ditetapkan pada 5 Disember.
Sebenarnya terdapat lebih dari 40 buah Negara yang menyambut Hari Ibu pada Ahad Minggu ke-2 bulan Mei. Apakah rahsia Ahad Minggu ke-2 Mei itu?
Hari Ibu berakar dari tradisi Greek Purba di mana sambutan dibuat bagi menghormati Rhea iaitu ibu Tuhan masyarakat Greek. Masyarakat Rom purba pula menyambut Hari Ibu sebagai memperingati ibu Tuhan bernama Cybele pada 22-25 Mac. Dalam tradisi awal Kristian di England sambutan dibuat pada Ahad ke-4 bulan Lent bagi memperingati Mary iaitu ibu kepada Jesus. Lama kelamaan Hari Ahad tersebut dijadikan hari cuti umum dan diisytiharkan sebagai Hari Ibu. Namun di Amerika pihak Kolonial gagal meneruskan tradisi cuti umum tersebut. Apa yang menarik hari Ahad sebagai Hari Ibu dilakar semula dalam sejarah apabila Anna M. Javis pada 1907 memulakan usaha secara bersungguh-sungguh bagi mendedikasikan Hari Ibu khususnya kepada ibu beliau Ann Maria Reeves Jarvis. Usaha keras dan berterusan Anna akhirnya menatijahkan sejarah yang bakal diingati dunia di mana pada tahun 1914 Presiden Woodrow Wilson mengisytiharkan hari Ahad Minngu Ke-2 Mei sebagai cuti umum bagi menghargai para ibu.Apa yang ingin ditekankan ialah, sambutan Hari Ibu pada Ahad Minggu Ke-2 Mei yang pada asalnya berakar dari tradisi Kristian Eropah pada akhirnya disegarkan semula dengan usaha peribadi bagi meraikan ibu bagi seorang individu. Amat bertuah Ann Maria Reeves Jarvis yang mempunyai anak yang begitu dedikasi yang mana hasil kerjanya dijadikan ikutan seluruh dunia pada dekad bahkan kurun selanjutnya.
Hari Ibu adalah sambutan yang bersifat universal hari ini biar pun bermula dengan tradisi keagamaan Greek dan Kristian. Dalam semua agama ibu dan bapa mempunyai tempat teratas selepas Tuhan. Lantas apa perlu kita keliru atau rasa tidak selesa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa. Apa yang menjadi persoalan sekarang kenapa dalam tradisi Melayu tidak ada tarikh yang tersendiri bagi menyambut Hari Ibu atau bagi umat Islam kenapa tidak dijadikan tarikh kelahiran Siti Khadijah umpamanya sebagai tarikh sambutan Hari Ibu? Kenapa agaknya kita lebih selesa mengikut proklamasi Hari Ibu dan Hari Bapa yang dibuat oleh Amerika Syarikat? Kenapakah tidak kita(1Malaysia) usahakan sendiri sebagaimana kita isytiharkan 16 Mei setiap tahun secara eksklusif sebagai Hari Guru Malaysia. Untuk rekod Hari Guru Sedunia disambut setiap tahun pada 5 Oktober.
Ini persoalan yang perlu difikirkan oleh bangsa yang berjiwa besar dan berani. Haruslah kita setiap hari memperingati IBU BAPA kita... bukan hanya hari-hari tertentu.. buatlah yang terbaik dan jangan menjadi ikutan hal orang barat yang secara halus memesongkan akidah kita secara pendebuan... Wallahua'lam.
Langgan:
Catatan (Atom)