Rabu, 31 Disember 2008

Lawak Menconteng Arang ke Muka (Malu)

Maluuuuuuunyaaaaaaaaaa..........

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Parit Baru (bukan nama kampung sebenar) dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya... kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat... dia bertanya kepada nenek itu..
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

SOALAN BERHANTU DI TAHUN BARU omputih...

Sundel Bolong Indonesia, 31 Disember 2008 jam 12.00 midnight...

Di sini dikasi soalannya pak..
Begini Soalannya...

Kenapa KENTUT kita bisa dengerin dahulu baru baunya kita rasai?? kenapa??
Jawab dicomment ya...

Alih Bahasa Melayu : Kenapa KENTUT itu kalau dilepaskan kita akan dengar dulu bunyinya dan selepas itu kebauan pula baunya yang macam-macam perasa...??? kenapa???
kenapa tak bau dulu baru kita dengar?? kenapa?? kenapa deengar dulu bau kita bau...

Jawabla di comment tu...
ataupun e-mailkan jawapan anda di liyunkom@yahoo.com.my

Jumaat, 26 Disember 2008

ALI SETAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SETAN DENGAN SYAITAN BERBEZA. SETAN NI BIASANYA DITUJUKAN KEPADA MANUSIA YANG ADA DIMUKA BUMI INI. SYAITAN PULAK DITUJUKAN UNTUK MAKHLUK TUHAN YANG DIGELAR SYAITAN. SEBUTAN BERBEZA TAPI HAL PERIHAL DAN TINGKAH LAKU TAK BANYAK BEZANYA. APA PUN SAKSIKANLAH TUGAS-TUGAS MEREKA DI BAWAH INI. AGAK-AGAKNYA ADAKAH KITA TERGOLONG SAMA-SAMA UNTUK BERTUGAS BERSAMA DENGAN MEREKA. SENANG CAKAP RAKAN SEKERJA LA... TERIMALAH...

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasi! hat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & Tempat yg ada minuman keras).


5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim

(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Wa! lahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia kh! ! ususny a ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Tambahan: Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!

10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang , Singapore , Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.


11. Hindusetan

Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar....... jadi lah hindusetan !!!


12. Santan

Yang ini aje nampaknya... . berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak. Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm. ..

Khamis, 25 Disember 2008

AKU KENA LAWAK CIKUNGUNYA

CIKUNGUNYA

KINI MEREBAK LUAS DIKAWASAN SABAK BERNAM
AKU PUN DAH KENA SEKALI
DEKAT 2 MINGGU TAK DATANG KEJA
BILA KERJA AKTIF SIKIT ESOKNYA TUMBANG BALIK...

HUHUHU... JAGA-JAGA DENGAN NYAMUK YE KAWAN-KAWAN SEMUA...

HABIS SELURUH KELUARGA AKU KENA TERMASUK JIRAN-JIRAN AKU SEKALI

TIDAK LUPA JUGA NAIB KADI KAMPUNG AKU..

AWASSSSS!!!!!!!!!!

P/S : BES GAK KENA CIKUNGUNYA NI.. BOLEH BEREHAT LAMA... TAPI SAMPAI KE HARI INI SENGAL-SENGAL DAN SAKIT SENDI AKU TIDAK KEBAH-KEBAH LAGI...

AKITNYAA....

SESIAPA DAH KENA CIKUNGUNYA NI BOLEHLA BERI KOMEN KAT SINI SAMA-SAMA TUKAR PENGALAMAN... RUGI WOO SAPE YANG TAK KENA... ALHAMDULILLAH ALLAH SEMBUHKAN PENYAKIT KU INI...

KEPADA SEMUA PENDUDUK MALAYSIA... KEPADA IMAM-IMAM SEMUA AKU HARAP BUATLAH SOLAT HAJAT BERAMAI-RAMAI DI MASJID MASING-MASING UNTUK MENGELAKKAN WABAK DAN UJIAN ALLAH INI.. MUDAH-MUDAHAN KITA DILINDUNGI OLEHNYA DARI SEBARANG PENYAKIT YANG TIDAK KITA INGINI... AMIN..