Isnin, 20 Disember 2010

BISNES VS KAWIN BANYAK

EMM... Tak taula nak kata apa... Mengapa orang labelkan bila kita berbisnes mesti orang akan kata kat orang umah kita... "Haa hang jaga-jaga, orang laki ni bila dah masuk bisnes mesti rambang mata carik jodoh lain" Hang jaga-jaga laki hang tuuu... dia bisness kan... mesti ramai yang mengendeng dan dia puylak mesti ambil peluang yang ada depan mata... hang kena hati-hati tau..."
begitulah lebih kurangnya..

Dah tak pasal-pasal si isteri ni pasang spy bagai laa kat si suami nya... sanggup perabih duit nak intip perihal laki dia... hmmm... tak taula.. nape mesti pemikiran mereka ke arah itu..
Cubalah doa kepada kebaikan banyak2.. mohon kepada Allah agar dibahagiakan keluarganya dan diberi keredhoaanya bagi mengatasi masalah ini...

Sekiranya suaminya carik lain pun pasti akan redho demi agama bangsa dan negara... 1 malaysia la katakan... HE HE HE...



p/s 1 Malaysia : 1 orang 1 pasang.... so mana yang takde pasang tu, pandai2lah yer... orang luar pun banyak yang masuk kat negara kita... ki ki ki... pikir-pikir kan...

Bihunsup kata...
ORANG YANG BERKUASA IALAH ORANG YANG BERJAYA MENGUASAI DIRINYA...

Selasa, 27 Julai 2010

ORANG TAK SENANG KITA SENANG

Lembaran kali ini aku hadapkan kepada mereka yang TAK SENANG KITA SENANG.

PADAN MUKA! itulah ayat yang akan dihambarkan untuk kita yang sedang senang tiba-tiba jatuh terpelosok disebabkan aktiviti mereka yang kurang sihat untuk menjahanamkan kita. (Macam kasarla plak bahasa aku ni).

Dimana letaknya keimanan kita sehingga kita sanggup menjatuhkan orang lain dengan menabur pelbagai fitnah. JATUKAH air muka kita sekiranya kita mengaku kesilapan kita sendiri. Mengapa kita harus menyorokkan kesilapan kita dan memfitnah orang. Adakah kita sudah hilang akal dan arah panduan.

Berpijaklah dibumi yang nyata. Usah memperdaya diri sendiri. Kelak merana diri. Pohonlah kemaafan atas apa yang telah kau nodai. Ingatlah bahawa Allah Maha Melindungi. Buatlah apa sahaja olehmu, nescaya Allah maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Aku rasakan kalian harus berhati-hati dalam merobek sandiwara ini. Ini nasihatku untuk kalian. Jangan salahkan aku kiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Allah Maha Mengetahui apa yang kalian lakukan. Sedetik dalam hati dan secubit kuman pun kalian tidak bisa lari dari jejakannya. Kita jumpa di sana nanti.

Amin Yarabbal Alamin.

Sabtu, 3 April 2010

AKSI RANJANG LUAR TABI'I

BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM...

Assalamualaikum...


Sudah lama saya tak update blog ini kerana mencari sesuatu yang mempunyai sesuatu untuk saya persembahkan di sini, suatu bahan yang berkualiti untuk anda semua.

Setelah bergurun lamanya akhirnya saya menjumpai sesuatu setelah sekian lamanya tak tido memikirkan apa yang saya nak buat.. But kali ini saya akan mempamerkan dan membuat suatu perubahan yang drastik mengenai blog saya ini.

Awak semua harap tidak terkejut dengan kejutan ini, because saya akan memaparkan KeLucahan yang terbabas, BLOG BERANI MATI NI. Harap tidak menyinggung hati sanubari awak-awak semua. Memang sengaja saya paparkan aksi-aksi lucah diblog ini agar awak-awak semua terhibur.. bukan ke itu yang awak semua mahukan. Ok.. persembahkan AKSI RANJANG Dari ku untuk awak semua...!!!!!!!!!



Sayang punya pasal....

HAH!!!! KENA KORANG!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahahahahahaHAHAHAHAHAHAhahahahahaha!!!!!!!!!