Rabu, 23 Julai 2008

INI BUKAN LAWAK-LAWAK, INI BETUL-BETUL

Di sini dikongsikan bersama... jangan malu-malu... ini adalah ilmu yang kadang kita pun tak ambil pusing... so sama-samalah kita membaca dan mengamalkannya...

Mandi hadas.

Disyariatkan sebagai wajib dalam dalam agama Islam

Hikmahnya :

a. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hikmah yang sebenar-benarnya.

b. Mengembalikan kesegaran tubuh badan

c. Melegakan otot-otot yang tegang

d. Membersihkan kekotoran

Kaedah mandi hadas dan cara-caranya.

a. Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm)

b. Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan.

c. Beristinjak – membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada)

d. Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat

e. Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat

“Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah.

f. Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal.

Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wudhuk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula, kerana hal itu membatalkan wudhuk

Nota : Semua yang tertera di atas merangkumi segala perkara yang wajib atau fardhu dan sunat-sunat mandi.

Tiada ulasan: