Isnin, 25 April 2011
MADU TONGKAT ALI.. PAHITLAAA... KALAU TAK PAHIT BUKAN TONGKAT ALI NAMANYA....
Bagaimana harus ku mula ..( emm macam lagu m. nasir tu ye?)..( bercakap pasal lagu tu, memang masa suamiku bercinta kali kedua lagu tu jadi lagu favoritenya… habis kami anak beranak terjerit-jerit nyanyi ikut dia masa dalam kereta.. anak-anak macam bapanya , suka nyanyi.. masa tu tak tahu itu lagu cinta kedua dia..he..he..he).
emm agaknya , boleh mula dari awal la kot.
Aku bertemu suamiku masa sama – sama menuntut di ipt. Kami berada di jurusan yang berlainan dan fakulti yang berlainan. Tahunpun berlainan, suamiku tahun 4, tahun akhir, aku baru tahun satu. Namun, apa yang menyatukan kami adalah kawan-kawan. Kami berkahwin masa aku di tahun 2.
Perkahwinan sebenarnya ok, tapi aku yang kuat merajuk dan selalupun suami pujuk walau bukan salahnya. Mmm.. Memang banyak bukan salah dia pun..
Kalau nak dikaji mengapa suamiku kahwin lagi, rasanya banyak penyebabnya. Taqdirnya memang dah ada tapi semua taqdir tukan hasil dari tangan kita, bak kata suamiku, ( banyak kali jugaklah dia cakap macam nih, last rasanya bulan lepas masa kami dalam perjalanan pulang berdua dari KL).. suami tu kalau isteri tu baik. layan dia baik, hormat dia, tak suka cari pasal, susah dia nak cari orang lain, kalau dia pandang perempuan lainpun, mesti dia ingat isteri dia kat rumah, mesti dia fikir, cantik manapun perempuan tuh, ( suami aku hensem orangnya.. sanngat hensem.. dan roman mukanya manis, orangnya tinggi dan kulit putih.. tak susahlah dia nak pikat mana-mana perempuan kalau dia mahu ) belum tentu baik macam isteri aku kat rumah… (bila dia kata macam tu, aku pun merajuk la cakap dengan dia, ye lah .. macam, abang. Aisyah tak cukup baik, sebab tu abang kahwin lagi… nanti cepat – cepat dia jawab.. la ke situ pulak, tu la yang malas cakap pasal poligami nih..)
Tapi sebenarnya aku akui, masa mula – mula kawin dulu aku memang kuat merajuk dan mudah shot wire… bila dah merajuk, diam membatu, tak cakap apa.. tegurpun tak dijawab… tapi rasanya yang suami aku memendam rasa ( ha …aku rasa nilah punca utama, suami aku nih simpan dalam HATI rasa kecil hatinya..) banyaklah peristiwa merajuk aku yamg kadang – kadang melampau sampai tertunjuk depan orang sedang suami aku nih orang nya sangat lemah lembut dan bersopan. Sebenarnya dah banyak kali dia pesan, jangan merajuk over depan orang, dia rasa malu yang amat.. the exact word yang dia guna .. abang rasa malu kalau hal rumah tangga kita sampai orang luar tahu, rasanya macam sengaja londehkan seluar depan orang sampai nampak kemaluan kita.. macam tulah rasa malunya, rasa macam tak tau nak letak muka kat mana ..
Aku pulak dari keluarga yang kalau bergurau , jiran sebelahpun boleh dengar ketawa kami..
Emm.. rasanya memang dah taqdir nak dimadukan..
Tahun- tahun awal aku bermadu.. ya allah, tak pernah suami tak balik kalau dia tak out station, tapi sekarang tak balik, dah lah tak balik , pergi mengendut perempuan lain, 13 tahun muda dari aku.. memang tak boleh terima, bila dia balik ke rumah masa giliran aku.. ( suamiku sangat mengikut masa).. aku halau-halau dia.. tapi dia diam aje. Sibuk mengemas rumah, bila malam dia baring sebelah aku, (sebenarnya aku dah blok tempat dia, letak kaki aku luas-luas, tapi dia lembut tolak kaki aku) peluk aku kemas – kemas dan cakap walau dia dah kawin lagi dia tetap sayang kat aku dan anak-anak.
Dia benar – benar tak tahu bagaimana dia boleh sayang pada orang lain walhal kasih dia pada aku tak berkurang sikitpun…kata dialah .. he..he,,.. kalu dia tipu, aku pun tipulah nih..
{Kadang-kadang , masa aku merajuk, dia kat depan aku pegi ke dapur, tapi tak lama dia akan datang, buat-buat basuh tangan (aku tahu lah dia buat-buat,.. sinki ada kat depan tuh kalu setakat nak basuh tangan), tangan sebelah bukak paip sebelah lagi dilengkarkan kat pinggang aku,.. buat-buat tanya aku tengah buat apa (buat-buat tanyalah kan , kalu dah nampak kita tengah jerang air).}
Aku jadi batu, badan keras je tapi aku cakap kat dia (ehh… kira okeylah tuh, nak juga aku bercakap, biasanya kalu dah badan jadi batu tu, lidah akupun kelu, buat tak dengar je dia cakap apapun..) Aku sikitpun tak percaya pada dia. Kata sayang kat aku tapi kawin lagi. tipu.. mana sayang kat aku. Tapi dia degil , dia kata kalau tak sayang, dia tak balik pada aku lagi dan dia tak akan berniat nak adil dan masih mahu jaga aku sampai aku mati atau dia mati.
Kini, dalam merajuk tak merajuk, akhirnya dah tujuh tahun aku bermadu, suamikupun dah beranak pinak.. Baru-baru nih aku beraya bersama, sebenarnya dah tiga kali berturut-turut , agaknya akan jadi tradisi kami.. balik beraya sama – sama dalam satu kereta, yelah .. habis drebarnya satu.. muat semua anak-anak aku dan anak -anak madu, 2 isteri.. okey je.. kami berbual bergelak tawa,.. aku pulak memang suka ketawa.. sejak akhir-akhir ni lagilah (aura bermadu kot) dulu aku agak serius jugaklah.. (sampai suami aku kata apa yang buat dia terpikat pada madu aku tu sebab dia mudah tersenyum… ha engkau,,… jadi selalu-slalulah tersenyum ye.. yang ikhlas lah… yang tak ikhlas tak payah..)
Beraya sakan di kampung suami, semua saudara mara suami dapat menerima kami dengan baik, dan aku yang memang dah berbelas tahun dengan mereka memang mudah di terima sebab aku peramah.. (betul tuh .. bukan perasan). Tapi madu aku juga pandai bawa diri.. selalu bual dengan aku dan saudara mara suami yang lain.
Tak cemburu? huh cemburu giler… sampai solat hajat mintak dengan allah agar beri aku kebahagiaan sejati dan aku mampu kawal diri aku seikhlasnya. Alhamdulillah.. tapi merajuk jugak dengan suami,.. nasib aku lah sebab dapat suami kuat memujuk..hati jadi sejuk balik.
Yang aku nampak baik dan istimewanya madu aku tuh.. layanan dia pada suami.. sentiasa tersenyum, bercakap dan bercerita (aku bercerita jugak , lagi kuat bercerita dari dia rasanya) tapi cerita dia kalu tengok.. pada pendapat aku lah.. selalu menarik hati suami aku.. kadang-kadang aku tengok suami aku sampai tergelak besar.. pandailah dia.. emmm.
Aku ada jugak kata pada suamiku, wah..kalu dengan orang, ketawa sakan ye.. tapi suamiku kata.. kalau aisyah citer apa-apa kat abang pun, abang ketawa jugak,.. lagilah tersengih macam kerang busuk, dari awal sampai habis citer aisyah tu kan…..
Ada ke?.... emm.
Tapi satu yang aku perasan, tentang madu aku tuh,.. walau dia baik dengan aku, tapi yang penting padanya suami kami.. dia sangat jaga..sangat perihatin terutama hati dan perasaan suami aku.. he .. he,.. suami dia jugaklah.. takdelah aku tengok dia muncung merajuk macam aku.. kalau dia terasa dia akan diam.. ambik masa sendiri,.. pergi buat kerja..mengemas, mandi anak, masak atau berborak dengan ipar duai yang lain.. masa raya semua adik beradik suami balik, penuhlah rumah mak abah tuh..
Lepas tu.. dia akan okey balik.. boleh datang balik pada suami dan bercerita serta layan suami kami macam biasa balik. Agaknya orang jawa indon macam tu kot, walau dia muda dan tak dapat beraya bersama dengan ibu bapanya di seberang (aku dapat, lepas beraya kat kampung suami, kami balik ke kl dulu, hantar madu dan tukar pakaian, lepas tu suami aku bawa aku balik ke kampung aku 4 malam), tapi dia tetap okey.. agaknya sebab tulah laki aku sayang dia lebih… aku rasalah.. laki aku marah aku kata macam tuh.. dia kata takde lebih takde kurangnya .. dua-dua dia sayang .. emmm.
Tapi kini, walau sesekali , marahku datang, cemburuku bergolak, tapi aku bahagia.. yerlah bahagia cara poligamilah,.. dulu pun .. aku asyik merajuk aje.. tak bahagia mana jugak walau suami aku baik .. kini, aku banyak belajar menghormati suami, tahan merajuk dan marah ku.. sedikit sebanyak aku sebenarnya belajar dari madu aku tu. Walau usia baru 20an tapi aku dapat rasa dia isteri yang baik untuk suami sebaik suamiku.
Kadang-kadang aku rasa mereka terutama suamiku yang tercinta mampu bahagia walau aku tiada di sisi, emm masa tu mulalah datang akal jahatku minta suamiku lepaskan aku aje ..dari dia asyik nak melayan merajuk aku baik dia menghadap muka madu aku yang sentiasa tersenyum tuh.. tapi suami aku tak mahu. Dia kata dia akan sabar dengan aku,.. dia mahu aku jadi isteri dia sehingga ke syurga. dan kalau dia mati dulu dia mahu aku setia pada dia,.. tubuh aku hanya untuk dia seorang.. pandailah kan.. dia tak apa tak setia.. tubuh dia untuk perempuan lain tak ape.. hmmm.
Giliran adil, masa banyak lebih pada aku kerana suamiku sangat bertanggung jawab, anak-anak aku dah besar dan bersekolah menengah , jadi dia banyak dengan kami, menghantar dan mengambil anak-anak..
Bermadu pahit? ya.. memang pahit, tapi dengan poligami aku banyak membaiki diri,.. mengenal balik tuhanku, menjaga solatku, mendidik anak-anakku. Memahami suamiku..walau kini aku masih bergelut namun, kehidupanku jauh berubah dari dulu.
Aku kini menikmati hubungan dengan ipar duai dengan lebih berkeyakinan.. sSapa kata orang bermadu akan rasa terhina, aku tidak.. aku istimewa, tuhanku menyayangiku.. sekurang-kurangnya diberi aku ujian untuk menyedarkan ku bahawa dunia ini hanya sementara dan kasih manusia itu untuk kita gunakan bagi mencari redho NYA.
wallahu alam. yang penting pegakhiran kita kan ?…
Isnin, 20 Disember 2010
BISNES VS KAWIN BANYAK
begitulah lebih kurangnya..
Dah tak pasal-pasal si isteri ni pasang spy bagai laa kat si suami nya... sanggup perabih duit nak intip perihal laki dia... hmmm... tak taula.. nape mesti pemikiran mereka ke arah itu..
Cubalah doa kepada kebaikan banyak2.. mohon kepada Allah agar dibahagiakan keluarganya dan diberi keredhoaanya bagi mengatasi masalah ini...
Sekiranya suaminya carik lain pun pasti akan redho demi agama bangsa dan negara... 1 malaysia la katakan... HE HE HE...
ORANG YANG BERKUASA IALAH ORANG YANG BERJAYA MENGUASAI DIRINYA...
Selasa, 27 Julai 2010
ORANG TAK SENANG KITA SENANG
PADAN MUKA! itulah ayat yang akan dihambarkan untuk kita yang sedang senang tiba-tiba jatuh terpelosok disebabkan aktiviti mereka yang kurang sihat untuk menjahanamkan kita. (Macam kasarla plak bahasa aku ni).
Dimana letaknya keimanan kita sehingga kita sanggup menjatuhkan orang lain dengan menabur pelbagai fitnah. JATUKAH air muka kita sekiranya kita mengaku kesilapan kita sendiri. Mengapa kita harus menyorokkan kesilapan kita dan memfitnah orang. Adakah kita sudah hilang akal dan arah panduan.
Berpijaklah dibumi yang nyata. Usah memperdaya diri sendiri. Kelak merana diri. Pohonlah kemaafan atas apa yang telah kau nodai. Ingatlah bahawa Allah Maha Melindungi. Buatlah apa sahaja olehmu, nescaya Allah maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.
Aku rasakan kalian harus berhati-hati dalam merobek sandiwara ini. Ini nasihatku untuk kalian. Jangan salahkan aku kiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Allah Maha Mengetahui apa yang kalian lakukan. Sedetik dalam hati dan secubit kuman pun kalian tidak bisa lari dari jejakannya. Kita jumpa di sana nanti.
Amin Yarabbal Alamin.
Sabtu, 3 April 2010
AKSI RANJANG LUAR TABI'I
Assalamualaikum...
Sudah lama saya tak update blog ini kerana mencari sesuatu yang mempunyai sesuatu untuk saya persembahkan di sini, suatu bahan yang berkualiti untuk anda semua.
Setelah bergurun lamanya akhirnya saya menjumpai sesuatu setelah sekian lamanya tak tido memikirkan apa yang saya nak buat.. But kali ini saya akan mempamerkan dan membuat suatu perubahan yang drastik mengenai blog saya ini.
Awak semua harap tidak terkejut dengan kejutan ini, because saya akan memaparkan KeLucahan yang terbabas, BLOG BERANI MATI NI. Harap tidak menyinggung hati sanubari awak-awak semua. Memang sengaja saya paparkan aksi-aksi lucah diblog ini agar awak-awak semua terhibur.. bukan ke itu yang awak semua mahukan. Ok.. persembahkan AKSI RANJANG Dari ku untuk awak semua...!!!!!!!!!
Isnin, 14 Disember 2009
Selasa, 29 September 2009
Rabu, 22 Julai 2009
PPSMI
Teman sokong bebeno PPSMI dimansuhkan. Bagusla jugak ye, kalau tak bebuih cikgu-cikgu sekolah mengajornya... mana taknya lidah jawa arabic nak cakap bahase omputih... berbelacan la bunyiknya. kesian adanya... So, kat sini teman sempatla mendengar suara kegirangan bersetuju dan ada juga yang tak setuju.. saksikan....
" Aku sokong bebeno kerajaan memansuhkan PPSMI. Korang tau tak, selama 20 tahun aku kerja mengajo ni, mana pernah aku cakap Bahse Inggeris, tup-tup disuruhnya lak ngajo Mate dalam Bahse Inggeris, mana tak berbelit lidah tebal aku ni (sambil menunjukkan gambo lidah dia terbelit kat kawannya ). Dan sekarang ni tengokla lidah aku yang dah semakin indah (sambil menjelirkan lidahnya yang dah tak terbelit) ini kerana aku dah mula ngajor dalam bahasa aku sendiri... " kata Cikgu Yati dengan bangganya. Kengkawannya hanya mengangguk dan geleng-gelengkan kepala mengikut sahaja rentak kawannya bercerita.
Dan sorang lagi pula berkata sewaktu teman duk lepak-lepak kat Pantai Teluk Batik (bukan nama pantai sebenar) :
" Kak Ima memang tak sokong bebeno nye kerajaan mansuhkan PPSMI. Apekeheynya nak dimansuhkan, biola PPSMI tu.. bukan nak membunuh orang pun... elok je teman nengoknya.. guru-guru kat sekolah teman tu.. takdenye pun yang meninggal disebabkan PPSMI? Yang tak mengajo PPSMI tu plak la yang ramai meninggal kat sekolah teman tu... yang nak meninggal tak meninggal-ninggal pun ada lagi... harap janggut je panjang... teman ingat dah meninggal.... yela dah lama bebeno tak sampai kesekolah. Dahla parking keretenye asik kosong je... nak je rasenye teman masukkan keta teman kat garaj parkingnye. Bukan nya bebayo pun tapi kedekut nak mampos... ada ke patut ditulisnya.. ORANG LAIN TAK BOLEH PARKING!!! Teman geram, teman parking je kat situ... elok je teman parking, datang pulak dia ari tu.. hampeh tolla... Eh! kat mana kita tadik yer?? " (setelah melihat muka semua kawan2nya boring mendengar cerita merapunya)...
Teman yang kat tepinya dari tadi akhirnya bertanyakan soalan kepada Cikgu Ima walaupun teman tak mengenalinya... " So, Cikgu ni hebatla ye bahse BI nya yer, ngajor math ke sains ni??? "
" Eh.. kome sape ni tiba-tiba je mencelah??, takpelah walaupun kome teman tak kenal teman nak jawabla soalan kome tadinyer... Teman taklah sehebat manapun.. tak reti pun bahse BI ni.. lagipun teman ni Guru BM... sebenarnya teman dengki ya amat kat guru-guru math sains ni... teman suka bebeno mendengor depa semua ngajor tergeliat urat lidah... pastu kena kursus sana sini konon nak dapatkan sijil nak naik gaji 10%.. sekarang sonok teman.. semua dah tak dapat.. kah kah kah... Dahla tercungap-cungap mengajo.. kelas banyak lak tu... kikiki... (gelak sambil tergolek-golek tak sedor diri), banyak lagi sebenornya teman nak cakap pasal PPSMI ni... takut nanti kome semua tergeliat telinga mendengornya... lagipun banyak sangat nak tulis ni rasa korang nak baca ke??? " kata Kak Ima sebagai seorang guru yang sentiasa memakai lencana nama walaupun sedang berkelah di tepi pantai bersama buah hatinya...
Sabtu, 6 Jun 2009
SIBUK TAHAP USOP SONTO
Kita bukan apa... terlalu sebuk teramat sangat sehingga nak menjenguk blog kita pun tak sempat, apakandaya sudah suratan. Kesibukan kita sebenaryatelah diissi dengan berbagai-bagai isu dan permasalahan yang terpaksa kita sendiri yang menyelesaikannya. Seperti masalah perang-perang luar negara, isu politik negara, isu obawa, isu N1H1, isu BABI, isu kucing sebelah rumah tak leh nak melepas, dan yang terbaru ini isu si artis kita tu haa.. waheeda.. tu pun kita yang terpaksa menyelesaikannya... hehe... begitulah kesibukan kita sejak dua menjak sampai tiga empat menjak adanya..
maaf kita ucapkan kepada peminat-peminat blog kita ni yer..
Disamping itu kita juga telah berhempas pulas otak untuk memuatkan segala idea yang kita dapat sepanjang kesibukan ini untuk diluahkan dalam blog ini.. COMING SOON...
Dalam erti kata lain Tunggu jo la yer...
OO ya kita terpaksa melangkah pergi dulu sebab ada sorang artis ni lagi mempunyai masalah yang terpaksa kita selesaikan... kita bukan nak dibayar pun.. ikhlas je.. tapi kalau bayar pun kita terima.. kalau nak bayar pun biola lebih-lebih sikit... bak kata pepatah BAYOLA BIO BERPADA AGAK-AGAK TAK KURANG RM100 untuk sekali sessi.. hehe...
Gambar diatas tu lah yang menunjukkan kesibukan kita selama kita sibuk ni...
tugasan kita ialah melawan atromen tu.. yela mana taknya atromen tu la yang menjadik hero kepada budak-budak kecik kat malaysia ni.. tu yang kita nak lawan tu.. bio atromen kalah.. pastu lehla HERO malaysia akan menjadi pujaan mereka bukannya hero dari jupun.. ataupun tokyo tu.. ok.. saksikan perlawanan kita nanti.. tunggu.......
Selasa, 12 Mei 2009
LAGU UNTUK PASANGAN BERCINTA
Kepada sesiapa yang tahu akan the meaning lagu diatas, bolehlah terangkan kepada gua (saya) di sini. Sebab gua (saya) tak tahu menahu langsung apa yang disampaikan oleh lagu ini. Gua (saya) aci ceploskan je lagu ini. yaaa CEPLOS..... hahahahahahaha.......hahahahaha........ kepada kak Ima (bukan nama sebenar.. nama sebenar Sarimah.. hahahaha...ya kepada Kak ima TONTONLAH CEPLOS SETIAP JUMAAT SABTU DAN AHAD JAM 9.00 MALAM HANYA DI TV9 DEKAAAT DI HATI).... ANDA PASTI TERHIBUR... HAHAHAHAHAHA... HIHIHIHIHIHI..... Ceplos!!! tollah.. huh!
Isnin, 11 Mei 2009
AWAS!! SAMBUTAN HARI IBU..
Selamat Hari Ibu
Kalau mengikut perkiraan dalam takwim sambutan Hari Ibu dibuat pada Ahad Minggu Ke-2 dalam bulan Mei setiap tahun, manakala sambutan Hari Bapa ialah pada Ahad Minggu Ke-3 dalam bulan Jun setiap tahun. Sebut tentang Amerika Syarikat yang menariknya pada tahun 1966, Presiden Lyndon B. Johnson menandatangani proklamasi presiden bagi mengisytiharkan Hari Ahad ke-3 setiap Jun sebagai Hari Bapa.
Apa yang ingin ditekankan ialah, sambutan Hari Ibu pada Ahad Minggu Ke-2 Mei yang pada asalnya berakar dari tradisi Kristian Eropah pada akhirnya disegarkan semula dengan usaha peribadi bagi meraikan ibu bagi seorang individu. Amat bertuah Ann Maria Reeves Jarvis yang mempunyai anak yang begitu dedikasi yang mana hasil kerjanya dijadikan ikutan seluruh dunia pada dekad bahkan kurun selanjutnya.
Hari Ibu adalah sambutan yang bersifat universal hari ini biar pun bermula dengan tradisi keagamaan Greek dan Kristian. Dalam semua agama ibu dan bapa mempunyai tempat teratas selepas Tuhan. Lantas apa perlu kita keliru atau rasa tidak selesa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa. Apa yang menjadi persoalan sekarang kenapa dalam tradisi Melayu tidak ada tarikh yang tersendiri bagi menyambut Hari Ibu atau bagi umat Islam kenapa tidak dijadikan tarikh kelahiran Siti Khadijah umpamanya sebagai tarikh sambutan Hari Ibu? Kenapa agaknya kita lebih selesa mengikut proklamasi Hari Ibu dan Hari Bapa yang dibuat oleh Amerika Syarikat? Kenapakah tidak kita(1Malaysia) usahakan sendiri sebagaimana kita isytiharkan 16 Mei setiap tahun secara eksklusif sebagai Hari Guru Malaysia. Untuk rekod Hari Guru Sedunia disambut setiap tahun pada 5 Oktober.
Ini persoalan yang perlu difikirkan oleh bangsa yang berjiwa besar dan berani. Haruslah kita setiap hari memperingati IBU BAPA kita... bukan hanya hari-hari tertentu.. buatlah yang terbaik dan jangan menjadi ikutan hal orang barat yang secara halus memesongkan akidah kita secara pendebuan... Wallahua'lam.
Selasa, 28 April 2009
TARIKH TUTUP PENYERTAAN PERADUAN KJL
Untuk makluman semua tarikh tutup Peraduan Menamakan Watak Kelab Jiwa Luka adalah pada 1 Mei 2009 pada hari Jumaat tepat jam 12.00 tengah malam.
Oleh itu pada semua yang ingin menyertai peraduan ini cepat-cepat berikan nama yang best best untuk watak tersebut. Daaaaaaaa............ ingat pemenang yang bertuah akan menerima sebuah Karikatur Muka sendiri... ingat dan ingat... la la la la la... jangan lepaskan peluang ini... babaaai...
Jumaat, 24 April 2009
TERUJA BETUL NI...!!!
MINYAK SAJI
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgr oup.us/oil. htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama
P/S : WALLAHU A'LAM.... NAZA Citra lagi uuuu...... haaaa... apa cerita??? ada berani???
Rabu, 1 April 2009
PERADUAN MENAMAKAN WATAK
So, kepada sesiapa yang ada terniat nak bagi nama kat awek ni.. bolehla berikan kat comment atau pun chat box tuu. Yela sesambil suap nasik tu kot-kot teridea sesuatu nama ke kan.. kan.. kan..... jangan dalam tandas terlintas idea udah le... Harus diingat nama watak hendaklah sesuai dengan wataknya baru boleh menang adiah.
Dan juga kepada idea yang best dan tiba-tiba terpilih la pulak tu.. anda layak menerima sebuah HADIAH MISTERI.
Oleh itu sertakan email untuk kami hubungi anda kemudian hari..
daaaaaaaaa.........
Selasa, 10 Mac 2009
KELAB JIWA LUKA
Segala yang ada di sini hanyalah ilusi dan rekaan semata-mata oleh pengkarya tiada kena mengena dengan yang ada ataupun tiada. Dan segala tulisan serta karya adalah hakcipta milik terpelihara BIHUNSUP. Mana yang indah dan sempurna itu datangnya dari Yang Maha Esa dan yang kalut serta buruk itu datangnya dari aku sendiri.. insan yang lemah... Wallahua'lam..
Jumaat, 20 Februari 2009
Lawak Nyah...
Tak pernah aku rasa terkelakar camni...
Macam orang ngantuk disorongkan bantal..
hahahahahahahaahahaha... hampeh.... kahkahkahkahak....
kita layan sketsa ni puas2 yer...
Kerja Giler...
pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal. Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler.. Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!.. Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie.. Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih.. Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih.. Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler.. Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih... Iqbal: ala..ko tolong ler aku.. Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab.. Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata; "Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim", baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh... KOMEN: MACAM MEMBACA MUQADAM PULAK EEKKK...???? HE..HE..HE..
Gambar sekadar hiasan mata u all...
Sape yang kat tengah2 tu... ??
Rabu, 21 Januari 2009
LAWAK KISAHNYA 2
Sampai dirumah kanak-kanak itu memberikan garam yang disuruh ibunya tadi.
Yang menjadi persoalannya sekarang ialah... kanak-kanak itu LELAKI ke PEREMPUAN....
SILA JAWAB...
LAWAK KISAHNYA...
Kesian....
- Dari meja pengarang KISAHNYA....
Jumaat, 16 Januari 2009
LAWAK FAKTA SEJARAH TANAH MELAYU
Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .
Seminggu selepas
Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya
hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…
WEK!!!













