Isnin, 25 April 2011

MADU TONGKAT ALI.. PAHITLAAA... KALAU TAK PAHIT BUKAN TONGKAT ALI NAMANYA....



Bagaimana harus ku mula ..( emm macam lagu m. nasir tu ye?)..( bercakap pasal lagu tu, memang masa suamiku bercinta kali kedua lagu tu jadi lagu favoritenya… habis kami anak beranak terjerit-jerit nyanyi ikut dia masa dalam kereta.. anak-anak macam bapanya , suka nyanyi.. masa tu tak tahu itu lagu cinta kedua dia..he..he..he).

emm agaknya , boleh mula dari awal la kot.

Aku bertemu suamiku masa sama – sama menuntut di ipt. Kami berada di jurusan yang berlainan dan fakulti yang berlainan. Tahunpun berlainan, suamiku tahun 4, tahun akhir, aku baru tahun satu. Namun, apa yang menyatukan kami adalah kawan-kawan. Kami berkahwin masa aku di tahun 2.

Perkahwinan sebenarnya ok, tapi aku yang kuat merajuk dan selalupun suami pujuk walau bukan salahnya. Mmm.. Memang banyak bukan salah dia pun..

Kalau nak dikaji mengapa suamiku kahwin lagi, rasanya banyak penyebabnya. Taqdirnya memang dah ada tapi semua taqdir tukan hasil dari tangan kita, bak kata suamiku, ( banyak kali jugaklah dia cakap macam nih, last rasanya bulan lepas masa kami dalam perjalanan pulang berdua dari KL).. suami tu kalau isteri tu baik. layan dia baik, hormat dia, tak suka cari pasal, susah dia nak cari orang lain, kalau dia pandang perempuan lainpun, mesti dia ingat isteri dia kat rumah, mesti dia fikir, cantik manapun perempuan tuh, ( suami aku hensem orangnya.. sanngat hensem.. dan roman mukanya manis, orangnya tinggi dan kulit putih.. tak susahlah dia nak pikat mana-mana perempuan kalau dia mahu ) belum tentu baik macam isteri aku kat rumah… (bila dia kata macam tu, aku pun merajuk la cakap dengan dia, ye lah .. macam, abang. Aisyah tak cukup baik, sebab tu abang kahwin lagi… nanti cepat – cepat dia jawab.. la ke situ pulak, tu la yang malas cakap pasal poligami nih..)

Tapi sebenarnya aku akui, masa mula – mula kawin dulu aku memang kuat merajuk dan mudah shot wire… bila dah merajuk, diam membatu, tak cakap apa.. tegurpun tak dijawab… tapi rasanya yang suami aku memendam rasa ( ha …aku rasa nilah punca utama, suami aku nih simpan dalam HATI rasa kecil hatinya..) banyaklah peristiwa merajuk aku yamg kadang – kadang melampau sampai tertunjuk depan orang sedang suami aku nih orang nya sangat lemah lembut dan bersopan. Sebenarnya dah banyak kali dia pesan, jangan merajuk over depan orang, dia rasa malu yang amat.. the exact word yang dia guna .. abang rasa malu kalau hal rumah tangga kita sampai orang luar tahu, rasanya macam sengaja londehkan seluar depan orang sampai nampak kemaluan kita.. macam tulah rasa malunya, rasa macam tak tau nak letak muka kat mana ..

Aku pulak dari keluarga yang kalau bergurau , jiran sebelahpun boleh dengar ketawa kami..

Emm.. rasanya memang dah taqdir nak dimadukan..

Tahun- tahun awal aku bermadu.. ya allah, tak pernah suami tak balik kalau dia tak out station, tapi sekarang tak balik, dah lah tak balik , pergi mengendut perempuan lain, 13 tahun muda dari aku.. memang tak boleh terima, bila dia balik ke rumah masa giliran aku.. ( suamiku sangat mengikut masa).. aku halau-halau dia.. tapi dia diam aje. Sibuk mengemas rumah, bila malam dia baring sebelah aku, (sebenarnya aku dah blok tempat dia, letak kaki aku luas-luas, tapi dia lembut tolak kaki aku) peluk aku kemas – kemas dan cakap walau dia dah kawin lagi dia tetap sayang kat aku dan anak-anak.

Dia benar – benar tak tahu bagaimana dia boleh sayang pada orang lain walhal kasih dia pada aku tak berkurang sikitpun…kata dialah .. he..he,,.. kalu dia tipu, aku pun tipulah nih..

{Kadang-kadang , masa aku merajuk, dia kat depan aku pegi ke dapur, tapi tak lama dia akan datang, buat-buat basuh tangan (aku tahu lah dia buat-buat,.. sinki ada kat depan tuh kalu setakat nak basuh tangan), tangan sebelah bukak paip sebelah lagi dilengkarkan kat pinggang aku,.. buat-buat tanya aku tengah buat apa (buat-buat tanyalah kan , kalu dah nampak kita tengah jerang air).}

Aku jadi batu, badan keras je tapi aku cakap kat dia (ehh… kira okeylah tuh, nak juga aku bercakap, biasanya kalu dah badan jadi batu tu, lidah akupun kelu, buat tak dengar je dia cakap apapun..) Aku sikitpun tak percaya pada dia. Kata sayang kat aku tapi kawin lagi. tipu.. mana sayang kat aku. Tapi dia degil , dia kata kalau tak sayang, dia tak balik pada aku lagi dan dia tak akan berniat nak adil dan masih mahu jaga aku sampai aku mati atau dia mati.

Kini, dalam merajuk tak merajuk, akhirnya dah tujuh tahun aku bermadu, suamikupun dah beranak pinak.. Baru-baru nih aku beraya bersama, sebenarnya dah tiga kali berturut-turut , agaknya akan jadi tradisi kami.. balik beraya sama – sama dalam satu kereta, yelah .. habis drebarnya satu.. muat semua anak-anak aku dan anak -anak madu, 2 isteri.. okey je.. kami berbual bergelak tawa,.. aku pulak memang suka ketawa.. sejak akhir-akhir ni lagilah (aura bermadu kot) dulu aku agak serius jugaklah.. (sampai suami aku kata apa yang buat dia terpikat pada madu aku tu sebab dia mudah tersenyum… ha engkau,,… jadi selalu-slalulah tersenyum ye.. yang ikhlas lah… yang tak ikhlas tak payah..)

Beraya sakan di kampung suami, semua saudara mara suami dapat menerima kami dengan baik, dan aku yang memang dah berbelas tahun dengan mereka memang mudah di terima sebab aku peramah.. (betul tuh .. bukan perasan). Tapi madu aku juga pandai bawa diri.. selalu bual dengan aku dan saudara mara suami yang lain.

Tak cemburu? huh cemburu giler… sampai solat hajat mintak dengan allah agar beri aku kebahagiaan sejati dan aku mampu kawal diri aku seikhlasnya. Alhamdulillah.. tapi merajuk jugak dengan suami,.. nasib aku lah sebab dapat suami kuat memujuk..hati jadi sejuk balik.

Yang aku nampak baik dan istimewanya madu aku tuh.. layanan dia pada suami.. sentiasa tersenyum, bercakap dan bercerita (aku bercerita jugak , lagi kuat bercerita dari dia rasanya) tapi cerita dia kalu tengok.. pada pendapat aku lah.. selalu menarik hati suami aku.. kadang-kadang aku tengok suami aku sampai tergelak besar.. pandailah dia.. emmm.

Aku ada jugak kata pada suamiku, wah..kalu dengan orang, ketawa sakan ye.. tapi suamiku kata.. kalau aisyah citer apa-apa kat abang pun, abang ketawa jugak,.. lagilah tersengih macam kerang busuk, dari awal sampai habis citer aisyah tu kan…..

Ada ke?.... emm.

Tapi satu yang aku perasan, tentang madu aku tuh,.. walau dia baik dengan aku, tapi yang penting padanya suami kami.. dia sangat jaga..sangat perihatin terutama hati dan perasaan suami aku.. he .. he,.. suami dia jugaklah.. takdelah aku tengok dia muncung merajuk macam aku.. kalau dia terasa dia akan diam.. ambik masa sendiri,.. pergi buat kerja..mengemas, mandi anak, masak atau berborak dengan ipar duai yang lain.. masa raya semua adik beradik suami balik, penuhlah rumah mak abah tuh..

Lepas tu.. dia akan okey balik.. boleh datang balik pada suami dan bercerita serta layan suami kami macam biasa balik. Agaknya orang jawa indon macam tu kot, walau dia muda dan tak dapat beraya bersama dengan ibu bapanya di seberang (aku dapat, lepas beraya kat kampung suami, kami balik ke kl dulu, hantar madu dan tukar pakaian, lepas tu suami aku bawa aku balik ke kampung aku 4 malam), tapi dia tetap okey.. agaknya sebab tulah laki aku sayang dia lebih… aku rasalah.. laki aku marah aku kata macam tuh.. dia kata takde lebih takde kurangnya .. dua-dua dia sayang .. emmm.

Tapi kini, walau sesekali , marahku datang, cemburuku bergolak, tapi aku bahagia.. yerlah bahagia cara poligamilah,.. dulu pun .. aku asyik merajuk aje.. tak bahagia mana jugak walau suami aku baik .. kini, aku banyak belajar menghormati suami, tahan merajuk dan marah ku.. sedikit sebanyak aku sebenarnya belajar dari madu aku tu. Walau usia baru 20an tapi aku dapat rasa dia isteri yang baik untuk suami sebaik suamiku.

Kadang-kadang aku rasa mereka terutama suamiku yang tercinta mampu bahagia walau aku tiada di sisi, emm masa tu mulalah datang akal jahatku minta suamiku lepaskan aku aje ..dari dia asyik nak melayan merajuk aku baik dia menghadap muka madu aku yang sentiasa tersenyum tuh.. tapi suami aku tak mahu. Dia kata dia akan sabar dengan aku,.. dia mahu aku jadi isteri dia sehingga ke syurga. dan kalau dia mati dulu dia mahu aku setia pada dia,.. tubuh aku hanya untuk dia seorang.. pandailah kan.. dia tak apa tak setia.. tubuh dia untuk perempuan lain tak ape.. hmmm.

Giliran adil, masa banyak lebih pada aku kerana suamiku sangat bertanggung jawab, anak-anak aku dah besar dan bersekolah menengah , jadi dia banyak dengan kami, menghantar dan mengambil anak-anak..

Bermadu pahit? ya.. memang pahit, tapi dengan poligami aku banyak membaiki diri,.. mengenal balik tuhanku, menjaga solatku, mendidik anak-anakku. Memahami suamiku..walau kini aku masih bergelut namun, kehidupanku jauh berubah dari dulu.

Aku kini menikmati hubungan dengan ipar duai dengan lebih berkeyakinan.. sSapa kata orang bermadu akan rasa terhina, aku tidak.. aku istimewa, tuhanku menyayangiku.. sekurang-kurangnya diberi aku ujian untuk menyedarkan ku bahawa dunia ini hanya sementara dan kasih manusia itu untuk kita gunakan bagi mencari redho NYA.

wallahu alam. yang penting pegakhiran kita kan ?…

Tiada ulasan: