Selasa, 28 April 2009

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PERADUAN KJL

Tuan-tuan dan puan-puan...
Untuk makluman semua tarikh tutup Peraduan Menamakan Watak Kelab Jiwa Luka adalah pada 1 Mei 2009 pada hari Jumaat tepat jam 12.00 tengah malam.

Oleh itu pada semua yang ingin menyertai peraduan ini cepat-cepat berikan nama yang best best untuk watak tersebut. Daaaaaaaa............ ingat pemenang yang bertuah akan menerima sebuah Karikatur Muka sendiri... ingat dan ingat... la la la la la... jangan lepaskan peluang ini... babaaai...

Jumaat, 24 April 2009

TERUJA BETUL NI...!!!

MINYAK SAJI

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web
http://www.nordicgr oup.us/oil. htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

P/S : WALLAHU A'LAM.... NAZA Citra lagi uuuu...... haaaa... apa cerita??? ada berani???

Rabu, 1 April 2009

PERADUAN MENAMAKAN WATAK


Layan sketch..

Kesemua 638 awek cun yang aku tanya kesemuanya nak bagi nama dia.. habis bergaduh diorang semua... aku tanak la sebabkan nak merebut aku eh.. hihi.. sebab nak bagi nama kat watak ni diorang bergaduh dan tak bertegur sapa.. sebab kalau tak bertegur lebih 3 hari nanti.. haaa tau-tau je la kan... sekarang ni dah 638 hari diorang tak bertegur.. (dah tak kenal, camne nak bertegur, kesemua mereka tak tahu yang aku dah mainkan perasaan diorang.. cover beb cover.. -JANTAN HENSEM namun BUSUK memangla camni hidupnya.. hik hik hik ).

So, kepada sesiapa yang ada terniat nak bagi nama kat awek ni.. bolehla berikan kat comment atau pun chat box tuu. Yela sesambil suap nasik tu kot-kot teridea sesuatu nama ke kan.. kan.. kan..... jangan dalam tandas terlintas idea udah le... Harus diingat nama watak hendaklah sesuai dengan wataknya baru boleh menang adiah.

Dan juga kepada idea yang best dan tiba-tiba terpilih la pulak tu.. anda layak menerima sebuah HADIAH MISTERI.

Oleh itu sertakan email untuk kami hubungi anda kemudian hari..

daaaaaaaaa.........