Rabu, 21 Januari 2009

LAWAK KISAHNYA 2

Seorang kanak-kanak telah disuruh oleh ibunya untuk pergi kekedai membeli garam. Lalu ibunya memberi sejumlah wang RM0.50 untuk membeli garam. Lalu kanak-kanak tu pun pergi le kedai.
Sampai dirumah kanak-kanak itu memberikan garam yang disuruh ibunya tadi.
Yang menjadi persoalannya sekarang ialah... kanak-kanak itu LELAKI ke PEREMPUAN....

SILA JAWAB...

LAWAK KISAHNYA...

Kerana tak tahan waktu kerja yang panjang dan tidak berpeluang bercuti selama 2 bulan, seorang anggota polis di barat laut Jepun menikam perutnya sendiri. Anggota polis berumur 44 tahun itu pada mulanya membuat aduan yang dia diserang oleh seseorang. Tetapi kerana curiga dengan dakwaannya, satu siasatan dijalankan. Hasilnya didapati yang anggota polis berkenaan mencederakan dirinya sendiri. Tujuannya semata-mata untuk mendapatkan cuti.

Kesian....

- Dari meja pengarang KISAHNYA....

Jumaat, 16 Januari 2009

LAWAK FAKTA SEJARAH TANAH MELAYU

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

Perisik 1.2.3:
selamat pagi tuan (sambil bertabik)


Alfonso:
selamat pagi


Perisik 1:
Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang


Alfonso:
Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)


Perisik 2:
Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..


Perisik 3:
Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…

WEK!!!

Selasa, 13 Januari 2009

HANCURNYA ISRAEL








HANCURLAH KAMU WAHAI ISRAEL......
ALLAH AKAN MEMBINASAKAN KAMU WAHAI ISRAEL... AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Jumaat, 9 Januari 2009

LAWAK JAGA-JAGA

ANDA HARUS BERJAGA-JAGA DAN BERHATI-HATI SEKIRANYA RAKAN ATAU SESIAPA SAHAJA YANG ANDA TEGUR MAKA DIORANG AKAN MENJAWAB SEPERTI AL-KISAH DI BAWAH INI... ANDA HARUS DENGAN SEGERA DAN SEPANTAS TIUPAN ANGIN RIBUT BERLARI MENDAPATKAN PERLINDUNGAN SEBELUM ANDA KENA TINJU NGAN DIORANG NI... INGAT TUUU....


Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..d

Selasa, 6 Januari 2009

RESIPI JIMAT CERMAT

Kali ini aku nak kongsi resipi paling murah sarapan pagi.. maklumlah dah mula gawat ni...
biasanya sarapan pagi korang berapa ringgit setiap pagi... mesti cecah RM4-RM5 kan?

kali ini aku akan ajar resipi murah kualiti tahap kedai makan punya... kos hanya dalam RM1.00 ++ sahaja anda dapat makan n minum pagi.. dengan menggunakan masa hanya 5-10 minit untuk menyiapkannya.

INI DIA RESIPI HEBAT YANG KORANG HARUS IKUTI SECARA PERCUMA!!!!!!!

MEGGI GORENG BIHUNSUP

bahan-bahan (save jangan tak save.. pastu print out)
1 sudu minyak masak
1 bungkus Mee Mamee Kari Berapi (antara megi mamee yang murah n sedap)
1 bungkus serbuk kari mamee
1/2 sudu cili kisar
1/2 biji tomato (potong ala tembikai)
2-3 batang sawi (dipotong)
Sejumput bilis kecil (takmo yang belah n besar sebab takde rasa)
sejumput taugeh
2 ulas bawang puith (dipecahkan agar jusnya terasa masa menumis tadi)
1/2 biji bawang besar (jangan besar sangat- potong menegak)
1/4 sudu kecil (nestum budak) garam secukup rasa
1/4 sudu kecil (nestum budak) gula secukup rasa
5-10 henjutan botol kicap cap kipas udang.
tak payah guna aji.. (otak kering kang)
TAKYAH GUNA TELUR MAHAL... LAGIPUN KALAU TAK PANDAI GAUL NANTI MEGI HANYIR BAU TELUR...

bahan minuman:
1/2 peket ali cafe (1/2 lagi buat sok pagi)
air panas segelas.
jangan taruk gula lagi (kang kena kencing manis)

CARA MASAK:
1. Rendam dengan air panas megi mamee (jangan rendam dengan perencah kari tu sekali) about 3 minutes.

2. Toskan megi mamee tadi.
(bolehlah u all pergi mandi bagai masa toskan tu).

3. Panaskan minyak. Tumiskan Bawang putih, bawang besar dan bilis. Bila dah separuh naik baunya masukkan pula garam dan gula tadi. gaulkan sehingga naik bau. kemudian cepat-cepat masukkan cili kisar. Tumis jangan sampai hangus. (i bagi masa 5-10 saat sahaja untuk menumis dengan api yang besar.. kalau tak pandai api besar guna api kecil sahaja 30-40 saat)

4. Dah tu masukkanlah sayur taugeh, sawi dan tomato sekaligus bersama mee mamee yang dah ditos tadi kedalam kuali, jangan kedalam mangkuk.. mangkuk tolla... ( 1 minit masa diberi).

5. Gaul hingga rata dan masukkan rempah kari mamee tadi dan gaul sehingga rata. ( 1 minit masa diberi).

6. Masukkan kicap manis (kipas udang ke) sikit je... pastu gaul (1 minit)...

Dah siap.. hidangkan..

Buat air Ali Cafe aku bagi masa 1 minit gak. guna 1/2 bungkus je utk 1 mug ali cafe tu.

SO KITA KIRA MASA SEKARANG :
Sediakan megi goreng 6 minit 40 saat
Sediakan air Ali Cafe 1 minit
Jumlah masa yang digunakan 7 minit 40 saat.

KIRA MASA TUNGGU KEDAI MAMAK:
Tunggu order 5 minit
Tunggu makanan n minuman 10 minit paling cepat
tunggu bayar 5 minit

Semua sekali 20 minit
Anda jimat masa 12 minit 20 saat

KITA KIRA KOS PULAK :
Megi Mamee Rm 0.70
Tomato RM 0.10
Sawi RM 0.20
Bahan-bahan lain RM 0.20
Ali Cafe RM 0.40

Kos Semuanya RM 1.60

KIRA KOS MINUM KEDAI MAMAK
Megi Goreng RM3.50
Ali Cafe panas RM 2.00

Semua sekali RM 5.50

SEKARANG KORANG TELAH JIMAT RM3.90

NAMA MASAKAN MEGGI GORENG bihunsup (bihunsup tu nick name aku)

Selamat mencuba anda tidak akan rugi..
betul ni.. bukan lawak2...

Dahla sedap, murah dan jimat masa...
selamat mencuba.







Isnin, 5 Januari 2009

JAWAPAN KEPADA POST SOALAN BERHANTU DI TAHUN BARU

SEBAB KENTUT BOLEH DENGAR DULU DARIPADA BAU DIA KERANA:

KENTUT KELUAR DARI BELAKANG DAN TELINGA KITA TERLETAK LEBIH BELAKANG DARIPADA HIDUNG KITA. SO TELINGA LA DENGAR DULU BARULA MUNCUL BAU.

KESIANNNN..........

Ahad, 4 Januari 2009

INI BUKAN LAWAK BUAT-BUAT.. INI LAWAK BUATAN...

Ada ke patut diorang kata aku HENSEMM!!!!!!!!!
ngeh ngeh ngeh....

Jumaat, 2 Januari 2009

MULAKAN!!!!!!!!





http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx


Bihunsup spiking : Mulakan sesuatu dengan pegangan arah tuju jalanan hidup yang Allah telah tunjukkan... Ikut sahaja telunjuknya pasti kita beroleh hidayah keberkatan yang tidak terhingga dalam kehidupan yang sementara ini untuk bekalan kita SELAMA-LAMANYA di sana. Ingat SELAMA-LAMANYA..... di sana... Anda tidak akan kerugian walau sebesar zarah sekalipun... Amin..
Ya Allah Ya Tuhanku kau berkatilah perjalanan hidup kami di dunia ini dan terjemah serta nyatakanlah kepada kami akan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Khamis, 1 Januari 2009

AZAM TAHUN BARU 2009


AKU NAK BERKARYA DI DALAM BLOG LAWAK BABAS NI...
AKAN AKU PASTIKAN IANYA BERJALAN LANCAR...

AKU AKAN BERIKAN KEPUASAN KEPADA KALIAN SEMUA...
SATU-SATUNYA BLOG YANG MENONJOLKAN MAJALAH KARTUN PERCUMA UNTUK DIBACA..

TUNGGUUUUUUUU....................

AKU BERSINONIM

Parit Baru, Sabak Bernam. 12.01 pagi waktu Malaysia...
Aku melangkah terhencot-hencot untuk menjejakkan kaki ke tahun baru ini disebabkan CHIKUNGUNYA... inilah dugaan terakhir tahun lepas. Aku rasa mahu je terjun bangunan 150 tingkat agar segala kisah tahun-tahun lepas terpadam buat selama-lamanya. Biar kaki aku pun tak rasa sakit.

(terjun bangunan 150 tingkat tapi dari aras bawah atas bonggol tepi longkang tu je.. hihi... nak mampos!! terjun tinggi-tinggi - macamlah dah konfem masuk syurga... nabi yang dah konfem masuk syurga tu pun masih kuat beribadat kepadanya. Kita nak kejar 5 waktu pun kadang-kadang lewat... lau boleh tahun ni aku nak kejar 5 waktu tu on time.. no relaks-relaks- azam ni. TIANG AGAMA BEB.. sebenarnya dah azam masa Maal Hijrah semalam.. tapi aku bawak jugak ke tahun baru ni... nak tukar selera azam omputih ni, tukar kepada islamic rohani dan jasmani)

Jatuh bangun tahun-tahun lepas teramatlah mengajar aku erti hidup... aku ni berazam 5 tahun sekali... (hahahaha)... erti kawan, sahabat, wang, makan, minum, keluarga dan yang terlalu memberi aku pengajaran adalah tentang SAHABAT... bukan sekadar sahabat biasa ini tentang SAHABAT KARIB.

Rasanya seperti tidak molek kalau aku mengungkit semula tentang SAHABAT ini. Manala tau ada yang terbaca nukilan aku ini. SAHABAT la yang membunuh hidup aku dan dek kerana pembunuhan itu aku bersyukur sebab aku tak hilang nyawa.. tetapi pembunuhan itu memberi pengajaran dan kekuatan kepada aku untuk terus bangun walaupun kecederaan yang ku alami amat parah sekali.

INGIN KUTUJUKAN UCAPAN TAHUN BARU INI KEPADA INSAN DIBAWAH DENGAN UCAPAN :

1. SAHABAT KARIB (yang dah tak anggap karib kat aku lagi)
Ingatlah perjalanan hidup kita tidak sejauh mana. Entahkan saat ini kita akan kehilangan nyawa. Berkata dan Jawablah dengan hati akan sesuatu yang kau rasakan akan diriku yang hampeh dimata kamu. Jangan dengar akan kata orang lain. kadang orang laian itulah bayangan syaitan. kadang diri kita juga syaitan bilamana syaitan dah bertapak dalam jiwa kita. AKU TETAP AKU.. sepertimana kau kenali aku begitulah aku selamanya. Tidak mengapa Aku redha apa yang berlaku dan aku mula bangkit pelan-pelan. Aku yakin pada kekuasaannya.

2. KAWAN KERJA (yang dah pijak-pijak aku)
Harus diingat kita hanya musafir yang dijadikan dengan sementara untuk mengemudi alam yang kian rapuh. Allah Maha Mengetahui akan segala yang you all kata keji hina dan hinjak-hinjak aku selama ini. Aku dah maafkan kesemuanya. Korang jangan risau, moga Allah terima untuk korang yang dah bertaubat. Kepada yang belum bertaubat, taubatlah banyak-banyak. AKU TAK KISAH.

3. BOS LAMA (sekarang aku dah jadi bos)
Pertemuan kita hanya sementara tetapi cukup untuk membuat aku tersungkur tertiarap demi menegakkan keadilan dan amanah yang diberi. Walaupun 3 tahun kita berhadapan dan bersebumbung dalam kerja, cukup sudah untuk aku mengerti akan seorang PEMIMPIN yang BERPEMIMPIN konon. Ingatlah sekiranya Jawatan yang kita kejar dan kita meronta-ronta untuk mendapatkannya dan anda tidak dapat melaksanakan tugas itu dengan penuh amanah dan menindas orang bawahan nescaya di sana nanti BAWALAH BEBANAN YANG KAMU INGINKAN ITU. Sebutir debu amanah yang kau impikan namun tidak dapat menjalankannya, maka angkatlah bebanan sehingga kamu terdaya. Namun kamu tidak akan terdaya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa. Moga kau beroleh rahmat dan insafkanlah diri sebelum Malaikat datang mencabut nyawa yang dikandung badan. (peh panas gile statement ni)..

4. INSAN yang bernama USTAZ (yang ala-ala ustaz)
Kebanyakan ustaz yang aku kenal hampeh belaka. Duit, duit, duit... dahla berceramah sana-sini namun yang dikejar upah yang lumayan, cakap tak serupa bikin.. Apa ni??? Ikhlaskanlah ilmu korang, minta maaf dengan izin yer... Apa yang kamu ceramahkan dahlah melibatkan Hadis Nabi dan Ayat-ayat Allah... namun dipikiran masih lagi tertumpu akan bayaran. Allah melarang ayat suci ini dijual beli dan diperdagangkan. Berjihadlah ke jalan Allah nescaya rezeki ada dipinggirmu. Teruskan perjuangan Ustaz Fadzil dan kepada Ustaz Mashkuri Salam Ukhwah dari aku yang begini... Lama tak jumpa.. dimana kamu wahai ustaz... (antara ustaz baik dan berani yang aku kenali).

bersambung lagi.. ada lagi......

Tak jadila nak sambung... nanti kena gam lak..
What ever pun semua yang lalu aku jadikan selingan hidup.. moga tahun ini akan terus waja dan perkasa hendaknya hidup ini...

Salam sayang dari aku untuk korang semua... (jiwang)
semoga kalian berada dalam lindungannya.

Tatatatata.....