Selasa, 29 Julai 2008

ZAMAN DAH BERUBAH, DUNIA DAH MAJU... INI LAH JADINYA... LAWAK JUGAK KE?

Main zina-zina
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main 'masak-masak atau main kahwin-kahwin' begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan 'main rogol-rogol' sangat menggemparkan.

'Permainan' yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.

Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.

"Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.

"Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja," katanya.

Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.

"Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih 'pandai' akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar 'main rogol-rogol' saja," katanya.

Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.

"Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan," katanya.

Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.

Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan 'main rogol-rogol' itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.

"Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik," katanya.

Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.

Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti 'main rogol-rogol' bersama adik saudaranya.

Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.

Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.

P/S : Jangan leka kiranya ZAMAN DAH BERUBAH DUNIA DAH MAJU....... Andai kita alpa dikhuatiri negara akan hancur...

Rabu, 23 Julai 2008

INI BUKAN LAWAK-LAWAK, INI BETUL-BETUL

Di sini dikongsikan bersama... jangan malu-malu... ini adalah ilmu yang kadang kita pun tak ambil pusing... so sama-samalah kita membaca dan mengamalkannya...

Mandi hadas.

Disyariatkan sebagai wajib dalam dalam agama Islam

Hikmahnya :

a. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hikmah yang sebenar-benarnya.

b. Mengembalikan kesegaran tubuh badan

c. Melegakan otot-otot yang tegang

d. Membersihkan kekotoran

Kaedah mandi hadas dan cara-caranya.

a. Baca Basmalah (Bismillãh hirrahmãn nirrahîm)

b. Kemudian membasuh kedua-dua belah tangan.

c. Beristinjak – membersihkan kemaluan dan menghilangkan najis (jika ada)

d. Mengambil wudhuk (air sembahyang) seperti wudhuk untuk solat

e. Menuangkan air ke atas kepala sebanyak 3 kali sambil berniat

“Sahaja aku mandi untuk mengangkat janabah (hadas besar) kerana Allah.

f. Menuangkan air ke badan sebelah kanan sebanyak 3 kali, kemudian ke badan sebelah kiri 3 kali. Sunat menggosok bahagian hadapan dan belakang badan dan sunat pula menyilang-nyilang seluruh rambut supaya air sampai ke kulit kepala. (Meratakan air keseluruh badan adalah wajib, manakala perlakuan menyilang-nyilang rambut adalah sunat). Begitu juga wajib menyampaikan air kepada segala pelipatan dan semua bahagian yang ditumbuhi rambut, samada rambut itu jarang atau tebal.

Memelihara tangan daripada menyentuh kemaluan ketika mandi itu, selepas mengambil wudhuk. Jika tersentuh, maka wajib mengambil wudhuk semula, kerana hal itu membatalkan wudhuk

Nota : Semua yang tertera di atas merangkumi segala perkara yang wajib atau fardhu dan sunat-sunat mandi.

Sabtu, 19 Julai 2008

LAWAK TAHAP ROSAK YER.......

Hi Hi Hi ....... ROSAK YER......



P/S : Sesiapa yang berkelakuan camni maka secara tidak langsung.... lebih kurang gak ler... hi hi hi... Rosak Yer....

FREE!!!!!!!!!!!! GILEEEERRRR !!!!!!!!!!!!! TAHAP REGA MINYAK NAIK !!!!!!!!!!

KARIKATUR PERCUMA!!!!!!!!!!!!! dan FREEEEEEE !!!!!!!!!!!!!

SESAPA YANG NAK DIRINYA JADIK KARTUN SILA HANTARKAN GAMBAR ANDA DI ALAMAT YANG TERTERA DI BAWAH...

EMAIL : liyunkom@yahoo.com.my
Yahoo Massenger : liyunkom@yahoo.com.my

( ada jer kat depan komputer, insyaallah... BUZZ jer )

KARIKATUR




Diantara karikatur yang aku ketengahkan....

Khamis, 10 Julai 2008

LAWAK JANJI

Bagi orang yang menganggap janji itu lawak maka jadilah bahana lawak janji. Lawak ni terjadi bila mana kita sudah lali dengan tabiat janji tinggal janji atau pun mungkir janji.

Saban hari kehidupan kita dipenuhi dengan janji. Buat itu janji, buat ini janji, pergi situ janji, pergi sini janji, semuanya janji. Orang kata janji senang hidup, semuanya ok.. ok.. ok..

Bagi orang yang takut janji, besar kemungkinan dan mudah-mudahan di Padang Mahsyar nanti takdelah terkejar-kejar mencari orang yang belum kita tunaikan janji. Di masa itulah baru kita mahu menunaikan segala janji. Namun ianya sudah terlambat dan kita tiada masa sebenarnya untuk itu semua.

Dan ingatlah kita juga, sebelum dibangkitkan dan dikumpulkan di Padang Mahsyar nanti kita akan melalui alam kubur. Selepas tujuh langkah orang terakhir maka bersiap sedialah kita semua, untuk menjawab segala pertanyaan dari Malaikat. Cukupkah bekalan yang kita bawa dan berbaloikah perbuatan-perbuatan kita yang melanggar suruhannya menampung pertanyaannya.

Dan marilah kita ingat bersama, sesungguhnya kita bermula ditiupkan roh kita sudah berjanji dengan Allah. Segala macam kita buat janji dengan Allah.

Pernah tak kita merasa hina?

Kita ni hina di sisi Allah bila mana Allah dah bagi macam-macam kat kita, namun kita masih leka dengan dunia kita, percaturan hidup dunia kita... kononnya kita ni hebat, power, gagah, berani.
Dan dimasa kegagahan berani kita itu, Allah melihat betapa takburnya kita.

Renunglah udara dan oksigen yang Allah beri secara percuma... PERCUMA!!!!!

Hebat sangatkah kita? Andai tuhan suruh bayar semula oksigen yang kita hirup ini.. boleh ke? boleh ke? Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Dia tak mahu keluarkan bil oksigen.

Dunia kita ini, andai kita lewat bayar bil kat dunia nipun kena potong perkhidmatan.. andai tuhan potong oksigen kita bagaimana tuan-tuan... ?

Ini baru ada pihak potong bekalan perkhidmatannya... kita sudah melatah gilababas... salahkan orang itu, salahkan orang ini... kenapa tak salahkan diri sendiri?

Siapalah kita....

Ada perkara yang kita perlu ingat... Beriman dan Bertaqwa kepadanya... Insyaallah kita di sisinya... Allah itu Maha segala-galanya.

Beriman?? Bertaqwa?? ( selamilah dan ianya bukan hanya dibibir sahaja - bersamalah kita menyelaminya )

Wallahua'lam...

P/s : Aku insan yang lemah, mudah-mudahan di sisinya.....